Tragedi kapal selam Titan: Anak bilionair mulanya enggan ikut, akur sertai ekspedisi gembirakan hati bapa
TRAGEDI menyayat hati kapal selam Titan menjadi perhatian dunia.
Apatah lagi apabila kelima-lima pengembaranya disahkan meninggal dunia dipercayai meletup berdekatan dengan bangkai kapal Titanic.
Serpihan kapal selam berkenaan yang ditemui pasukan pencarian dan penyelamat berhampiran Titanic sekali gus menjadi petunjuk Titan telah berakhir di Laut Atlantik.
Salah seorang penumpang, Suleman Dawood, 19, sehidup semati bersama bapanya, bilionair Pakistan, Shahzada Dawood, 48.
Baca juga: Kapal selam bawa 4 pelancong termasuk seorang hartawan teroka kapal Titanic hilang, 9 info berkenaan
Menurut kakak Shahzada, Azmeh Dawood, anak saudaranya Suleman pada awalnya teragak-agak menyertai ekspedisi kapal selam di luar pantai Newfoundland, Kanada itu.
Azmeh memberitahu NBC News bahawa Suleman memaklumkan kepada seorang saudara mereka bahawa dia tidak bersedia dan berasa takut akan perjalanan untuk meneroka serpihan Titanic.
Namun remaja itu cekalkan hati menyertai eksplorasi kapal selam OceanGate sepanjang 22 kaki pada hujung minggu Hari Bapa untuk menggembirakan ayahnya yang meminati Titanic.
"Saya memikirkan Suleman yang berusia 19 tahun. Di sana, mungkin tercungap-cungap," kata Azmeh dalam temu bual telefon.
Namun ajal dan maut telah tertulis, dua beranak itu maut apabila kapal selam yang dinaiki mereka meletup.
Syarikat di belakang ekspedisi Titan, OceanGate mengesahkan bahawa semua lima penumpang kapal itu meninggal dunia.
Pengawal Pantai Amerika Syarikat juga menemui serpihan di kawasan pencarian yang konsisten dengan letupan bencana.
Azmeh mengatakan Shahzada sememangnya peminat Titanic sejak kecil.
Ketika masih kecil, mereka adik-beradik sentiasa menonton filem 1958 berjudul A Night to Remember yang mengisahkan tentang kapal pesiar yang tenggelam.
Justeru, Azmeh tidak terkejut apabila Shahzada membeli tiket untuk misi OceanGate.
Azmeh dan Shahzada adalah daripada keluarga legasi korporat yang paling terkemuka di Pakistan.
Empayar perniagaan keluarga mereka Dawood Hercules Corporation terlibat dalam pelaburan sektor pertanian, kesihatan dan beberapa industri lain.
Shahzada ialah naib pengerusi Engro Corporation yang berpangkalan di Karachi dan penasihat kepada Prince's Trust International iaitu sebuah pertubuhan amal diasaskan oleh Raja Charles III.
Baca juga: [VIDEO] Kapal terbelah 3, 53 kru KRI Nanggala 402 gugur. Lagu terakhir Sampai Jumpa buat ramai pilu
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang