BAYI lahir dengan memegang ‘intrauterine contraceptive device’ atau IUD menjadi tular. Wajah si comel di samping ibunya itu viral di laman sosial TikTok hingga mencecah 22.8 juta tontonan.

Seperti kita sedia maklum, IUD adalah salah satu kaedah merancang keluarga hormon yang terkenal. Ramai yang gunakan cara ini tetapi perlu maklum bahawa keberkesanannya ialah 99 peratus. NHS UK mendedahkan seorang dalam 100 wanita akan hamil dalam setahun bergantung pada jenis IUD.

Unik, Violet Quick, 20, dari Utah, Amerika Syarikat menzahirkan diri bertuah menjadi golongaan satu peratus yang hamil dengan IUD.

Baca juga: Kerap nak pitam, rasa melayang, tiba-tiba ‘double line’, isteri PU Abu hamil ketika guna IUCD

Violet yang mendirikan rumah tangga dengan suami John Francis setahun lalu tidak merancang untuk memiliki cahaya mata dalam masa terdekat. IUD jenis Skyla dipilih sebagai perancang dan dipasang sembilan bulan sebelum mengetahui dirinya hamil.

“Apabila semua jururawat masuk untuk melihat bayi dengan IUD,” titip Violet memberi kapsyen video itu.

Mengingati kembali awal mengandung, wanita itu mengaku berasa mual dan muntah-muntah. Namun Violet langsung tidak menjangka ada malaikat kecil dalam rahimnya kerana telah menggunakan IUD.

Dua minggu berlarutan, ibu muda itu membuat ujian kehamilan dan terkejut keputusannya positif. Cuak dan tidak percaya dengan alat penguji kehamilan (UPT) pertama, violet mengulanginya dengan empat UPT lain.

Bimbang keadaan bayi dengan IUD di dalam rahim, Violet bergegas ke hospital.

“Ia (UPT) semua positif dan saya ke Jabatan Kecemasan dan disahkan hamil tujuh minggu,’ jelasnya.

Violet menasihatkan kepada warganet untuk membuat ujian jika mengalami sebarang gejala walaupun sedang menggunakan perancang keluarga.

“Adalah lebih baik untuk mengetahui lebih awal kerana ibu hamil dengan IUD risiko tinggi untuk mengalami mengalami kandungan luar rahim. Seseorang harus menjadi 1 peratus dan itulah saya dan bayi saya,” tambahnya.

Baca juga: Jangan ambil mudah cengkaman senggugut, masalah kebanyakan wanita setiap bulan

Selepas gambar ibu muda itu dan bayinya menggenggam IUD menjadi viral, ramai yang tertanya-tanya bagaimana wanita boleh mengandung ketika menggunakan alat perancang.

IUD adalah salah satu bentuk kawalan kelahiran yang paling berkesan dengan kadar kejayaan lebih 99 peratus. Bermakna kurang daripada satu daripada 100 orang yang menggunakan IUD akan hamil setiap tahun.

Dalam kes yang sangat jarang berlaku, anda boleh hamil semasa menggunakan IUD kerana kedudukan alat itu tersasar.

Jika IUD tergelincir daripada kedudukan asal, risiko untuk hamil meningkat.

Anda boleh menyemak peletakan IUD dengan ujian ultrasound. Atau anda boleh memeriksa kedudukannya dengan jari. Jika talinya boleh dirasa bermakna kedudukannya baik. Jika musykil rujuk doktor sakit puan anda.

Baca juga: Saya rasa ibu mahu bersalin. Umur 10 tahun jadi bidan terjun bantu ibu bersalin, sikap berani kanak-kanak perempuan ini dikagumi ramai

Dalam kes Violet IUD miliknya masih terpasang apabila dia mendapati sedang mengandung.

Baru-baru ini pengasas syarikat penghantaran alat kontraseptif, Dr Sophia Yen, memberitahu agensi berita AP adalah mustahil untuk bayi dilahirkan dengan memegang IUD kerana janin membesar di dalam kantung amniotik. Justeru IUD tidak boleh masuk ke dalamnya.

Iklan

10 info kehamilan ketika menggunakan IUD

Kredit foto: Freepik

1-Healthline mendedahkan wanita yang hamil dengan IUD, anda lebih berkemungkinan mengalami kehamilan ektopik (luar rahim) atau keguguran.

2-Walau bagaimanapun, banyak kes wanita seperti Violet, melahirkan bayi yang sihat dengan alat perancang itu di dalam rahim.

3-Kehamilan ektopik berlaku apabila kehamilan berkembang di luar rahim. Ia boleh berlaku jika telur yang disenyawakan dalam tiub fallopio.

4-Walaupun jarang, kehamilan ektopik sangat bahaya dan jika tidak dirawat malah boleh membawa maut.

5-Menurut Jurnal Kesihatan Wanita Antarabangsa, dianggarkan dua daripada 10,000 wanita dengan IUD hormon akan mengalami kehamilan ektopik manakala ia menjejaskan lima daripada 10,000 dengan IUD tembaga setiap tahun.

6-Keguguran boleh berlaku secara spontan selepas usia kandungan 20 minggu.

7-Menurut Healthline, jika anda ingin kehamilan berjalan lancar alat itu perlu dikeluarkan awal kehamilan.

Iklan

8-Walaupun doktor mengesyorkan alat kontraseptif itu dikeluarkan pada awal kehamilan, Namun dalam beberapa keadaan ia perlu dikekalkan seperti bagi kes IUD melengkung di dalam serviks akibat pembesaran janin, IUD tidak dapat dicapai dan jika proses mengeluarkannya boleh membahayakan ibu atau kandungan.

Kredit foto: Pexels

9-Walaupun kadar keberkesanannya tinggi, jika IUD tergelincir daripada kedudukannya, risiko untuk hamil meningkat.

10-Jika anda mengalami sebarang tanda atau gejala ini semasa menggunakan IUD, dapatkan nasihat doktor dengan segera:
-Demam
-Menggigil
-Sakit atau kekejangan di bahagian bawah perut
-Lelehan luar biasa
-Pendarahan yang banyak atau
-Sakit atau pendarahan semasa hubungan intim

Baca juga: Baru bergerak 2km ke hospital, wanita bersalin dalam kereta raih perhatian warganet

Sumber: Daily Mail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi