MANDI manda di sungai adalah aktiviti yang menyeronokkan lebih-lebih lagi bersama keluarga dan rakan.

Sambil menghayati keindahan alam, airnya yang sejuk amat mendamaikan suasana.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun lain ceritanya pula dengan sebuah video tular di aplikasi TikTok yang memaparkan sekumpulan remaja sedang berseronok main air di sebuah parit.

Menerusi perkongsian pemilik akaun Januar Avelin, mereka dilihat sangat syok mandi air di parit yang deras itu.

Difahamkan lokasi tempat tersebut di Padang, Indonesia.

Apa yang menjadi perhatian ramai, kelihatan parit berkenaan berada di tempat tinggi dan arusnya sangat deras.

Kelihatan juga mereka dilihat sangat teruja dengan parit itu sehingga semua menunggu giliran untuk terjun.

@januaravelinBalas @nyee1237 segini lah kira” tingginya😆

♬ suara asli – Januar Avelin

 

Iklan

Dalam video tersebut juga didapati seorang wanita berada di dalam parit itu sambil tangannya memegang kepada pegangan di atasnya kerana aliran air yang sangat deras.

Kelihatan seperti memohon pertolongan namun tiada yang membantu.

Ada individu yang tampil mengatakan itu bukan parit atau longkang tapi ia merupakan sebuah terusan di kampung remaja berkenaan dan airnya berpunca dari gunung.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata antara mereka berasa seram dan gayat melihat aksi berbahaya remaja terbabit.

Ujar mereka;

“Tak ada safety, jika tergelincir mahu terus jatuh ke bawah.”

“Aduh risaunya tengok anak-anak itu, tiada yang melarang ke? Bahayanya.”

“Ini berapa nyawa sudah terkorban di situ? Tengok jalan atas tu pun macam nyawa di hujung tanduk.”

Baca juga Nekad lari setelah didera suami, keluarga mentua remaja malang dirogol 400 lelaki

“Huh kecut perutnya tengok! Kalau tempat itu tak tinggi ok, ini tinggi sangat…”

“Aku sorang je ke rasa takut time diorang bergerak dibawa air kemudian tersagat muka kat batu tu?”

Aduhai, SinarPlus tengok pun ngeri tempatnya. Macam menghantar nyawa pula gayanya!

@januaravelin##fypシ ##sumbarrancak ##wisatapadang ##batubusuak ##tiktokindonesia

♬ Wildest Dreams – Taylor Swift