Wanita dicekik, dibungkus dalam plastik & bagasi, dicampak ke gaung rupanya pelaku guru sendiri

KEJAMNYA! Wanita dicekik diletak dalam plastik & bagasi serta dicampak ke gaung.

Itu yang terjadi kepada seorang wanita di Indonesia yang juga seorang pelajar yang dipercayai dibunuh oleh guru muziknya sendiri.

Pembunuhan tersebut dipercayai berpunca daripada pertengkaran kerana masalah wang.

Difahamkan, mangsa dan guru muzik, Rochmat Bagus Apriatma, 41, mengenali antara satu sama lain sejak tahun 2017.

Mereka yang dilihat sentiasa mesra dan kemana-mana sahaja berdua itu dipercayai menjalinkan hubungan cinta namun suspek mendakwa hanyalah sebagai kawan.

Walhal ibu bapa mangsa juga tidak mengesyaki anak perempuannya bercinta dengan suspek memandangkan lelaki itu sudah pun memiliki isteri.

Namun keakraban mereka berdua membuktikan bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa yang dipercayai terjalin sejak lima tahun lalu.

Media tempatan melaporkan, sehari sebelum kejadian iaitu pada 3 Mei 2023, mangsa meminta kebenaran ibunya untuk menjalani ujian pertengahan semester.

Baca juga Larangan paling tak masuk akal di Korea Utara, fakta nombor 3 akan buat ramai terkejut

Namun sebelum tiba di universiti, mangsa sempat singgah ke kafe milik suspek.

Mereka bersarapan bersama sebelum suspek menawarkan untuk menghantar dan menjemputnya di kampus menggunakan kereta milik mangsa.

Ketika dalam perjalanan, suspek memberitahu mahu meminjam wang daripada mangsa untuk membayar hutang. Namun mangsa menolak kerana tidak memiliki wang sebanyak itu.

Pun begitu, selepas itu suspek sekali lagi meluahkan niatnya untuk menggadai kereta milik mangsa namun ia sekali lagi ditolak oleh mangsa.

Iklan

Selepas itu, mereka berdua sempat bermalam di sebuah apartment. Lebih mengejutkan, apabila suspek dengan selambanya membawa mangsa ke kedai untuk menggadai kereta.

Mangsa yang emosi kemudian mengeluarkan kata-kata kesat sehingga membuatkan suspek naik berang.

Baca juga Gadis buta pukau penonton America’s Got Talent dengan suara merdu, raih anugerah Golden Buzzer, 10 fakta menarik Putri Ariani

Kredit foto: Kempas.com

Tak lama kemudian berlakunya pertengkaran antara mangsa dan suspek sehingga lelaki itu nekad bertindak agresif dengan mencekik mangsa sehingga wanita itu tidak bernyawa.

Mayat mangsa dibungkus dengan plastik dan diletakkan di dalam bagasi. Bagasi berisi mayat itu kemudian dibuang oleh suspek ke dalam gaung.

Iklan

Suspek akhirnya berjaya ditahan dan berdepan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati.

Sumber: Regional Kompas

Baca juga Pelawak hina Malaysia bikin ‘panas’, Singapura umum Jocelyn Chia bukan warganegara, ini kronologinya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.