KEHILANGAN insan atau sesuatu yang disayang pasti sukar untuk dihadapi oleh seseorang.

Boleh jadi harga sesuatu barang tersebut mahal, atau nilai sentimentalnya yang membuatkan ia sukar untuk ditukar ganti.

Biarpun pepatah ada mengatakan, patah tumbuh, hilang berganti. Namun, yang tumbuh tidak sama dengan yang patah dan ganti pula tidak sama dengan yang hilang.

 

Baca juga: Budak 10 tahun temui artifak purba berusia 800 tahun ini sebenarnya yang berlaku

Baca juga: 450 pekerja Ikea diancam bakal kehilangan kerja, negara-negara lain bakal menyusul

 

Kelly Anderson bersama kucing peliharaannya.

Begitu juga perasaan seorang wanita yang sanggup berhabis sebanyak £20,000 (RM110,357) demi ‘menghidupkan’ semula haiwan peliharaannya yang telah mati.

Kelly Anderson, 32, yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat mengakui emosinya terkesan selepas kematian, Chai iaitu kucing kesayangan beliau.

Disebabkan itu, Anderson nekad menjalani proses ujian asid deoksiribonukleik (DNA) klon kucing yang mengambil masa sekitar empat tahun.

“Saya kehilangan Chai pada usianya yang sangat muda. Jadi apabila Chai tiada, saya teringatkan tentang perbualan bersama teman bilik mengenai DNA klon menerusi ViaGen Pets.

“Setelah menjalani beberapa proses, saya akhirnya memperoleh Bella yang hadir dalam hidup saya pada tahun lalu,” jelas Anderson menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror.co.uk.

Kos untuk menghasilkan DNA klon bagi kucing telah meningkat sekitar £10,000 (RM55,177) manakala DNA klon anjing bernilai £38,224 (RM210,889).

Meskipun Bella memiliki DNA klon Chai, namun Anderson tidak pernah menganggap Bella sama seperti Chai.

“Sebagai pemilik, saya tidak pernah terfikir untuk memiliki Chai semula. Bella merupakan sebahagian daripada Chai yang dianggap sangat berharga untuk saya,”tambahnya.

Iklan

Tindakan Anderson itu bagaimanapun mendapat tentangan hebat daripada masyarakat yang menyifatkan perbuatannya sebagai melampau.

Rata-rata khalayak menasihat beliau untuk memelihara kucing yang baharu sebaiknya kematian Chai.

Pun demikian, bagi Anderson, itu cara terbaik untuknya.

Pada pandangan penulis, kekecewaan selepas kematian haiwan peliharaan memang tidak boleh dibendung, namun ada pelbagai cara lain untuk menanganinya.

Iklan

Atasilah dengan bijak dan buat keputusan yang tepat.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI