WANITA dari Dumai, Riau, Indonesia menjadi perhatian ramai apabila mengahwini TikToker, Surya Manurung yang mengalami sindrom Treacher Collins.

Shasa Puspita Dewi, 18, kini sah bergelar isteri buat Surya Manurung, 28, dalam satu majlis yang berlangsung baru-baru ini. Video dan foto perkahwinan mereka dikongsikan menerusi laman sosial TikTok tular.

“ALLAH sudah mempertemukan aku dengan lelaki yang soleh,” titip Shasa.

Baca juga: [VIDEO] Tular tiga beradik wajah unik, raih 46.1 juta tontonan. Alami Sindrom Treacher Collins

Keunikan dan ketulusan cinta pasangan ini menarik perhatian ramai. Video yang memaparkan upacara akad nikah antara Sasha dan Surya  meraih 1.1 juta dan 3.3 juta tontonan.

Paling tinggi adalah video pasangan pengantin baru itu bersarapan bersama-sama iaitu 16.3 juta tontonan.

“Sarapan pagi bersama isteri tercinta,” tulis Surya.

Menurut Tribunnews, sebelum berkahwin Surya dan Sasha sering  berkongsi gambar bersama di laman sosial.

Tidak hanya Surya memiliki pengikut ramai, wanita yang mesra disapa Dewi itu turut popular dengan 38,300 pengikut dan 364,300 tanda suka.

Jumlah itu bagaimanapun jauh ketinggalan berbanding suaminya yang memiliki 1.6 juta pengikut dan 23. juta tanda suka.

Baca juga: Sindrom Treacher Collins jarang berlaku, ini fakta penting yang perlu ambil tahu

Baca juga: Kanak-kanak alami sindrom ‘rare’ rambut tidak boleh disikat, hanya dihidapi 100 orang di dunia

Pasangan pengantin baru bersama keluarga.

Warga maya menzahirkan ucapan tahniah dan menitipkan doa agar perkahwinan pasangan itu kekal hingga ke jannah.

-“Bahagia dunia akhirat. kelak mempunyai anak yang soleh dan solehah, aamiin. Di sebalik kekurangan ALLAH beri kelebihan.”

-“Baca kapsyen, saya jadi terharu. Jelas tujuanmu mencari yang beriman. Kamu perempuan hebat, semoga bahagia hingga je Syurga.”

– “Sekarang yang dicari bukan sekadar ketampanan, tetapi tanggungjawab.”

– “Cinta bukan kerana fizikal/ Tidak mengapa asalkan bertanggungjawab dan ikhlas.”

Tidak ketinggalan netizen daripada Malaysia menitipkan kata-kata positif dan doa buat Sasha dan Surya.

– “Cinta kamu luar biasa, kerana ALLAH. Salam dari Malaysia.”

Iklan

– “Kakak doakan semoga bahagia hingga ke Syurga. Salam dari Malaysia.”

Baca juga: “Ramai benci saya”, Brad Pitt alami penyakit sukar kenal orang, prosopagnosia

Sebelum ini, SinarPlus melaporkan tentang Surya, kakak dan adik perempuannya. Keluarga itu meraih 46.1 juta tontonan di laman sosial tersebut.

Adik-beradik berasal dari Asahan, Sumatera Utara, Indonesia mempunyai keunikan pada bahagian tulang pipi, kelopak mata dan telinga adalah disebabkan Sindrom Treacher Collin (TCS).

Secara ringkasnya, TCS terjadi disebabkan gangguan genetik yang mempengaruhi perkembangan tulang dan jaringan lain pada wajah. Lazimnya, bayi dilahirkan dengan cacat pada telinga, kelopak mata, tulang pipi ataupun tulang rahang.

Surya ketika itu bekerja sebagai buruh binaan manakala kakak dan adiknya menjual snek kacang milik bapa mereka.

Iklan

Pun begitu, perbezaan yang dimiliki sedikitpun tidak menghalang mereka untuk menjalani kehidupan seperti individu lain.

Info Sindrom Treacher Collins (TCS)

1. Sindrom itu berlaku satu dalam 50,000 bayi kelahiran di dunia.
2. Kira-kira 60 peratus daripada angka itu mengalami TCS bukan genetik keluarga.
3. Ia berlaku kerana gangguan genetik yang mempengaruhi perkembangan tulang dan jaringan lain pada wajah.
4. Gangguan genetik yang berlaku dikaitkan dengan perubahan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) manusia.
5. Lazimnya, bayi TCS mengalami kelainan pada bahagian telinga, kelopak mata, tulang pipi atau tulang rahang.

Baca juga: Hanya 14 di dunia, bayi senyum kekal ‘rare’ jadi TikToker

Sumber: TikTok surya.manurung, shasapuspitadewi, Tribunnews

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan