1 beg darah mampu selamatkan 3 nyawa, penderma adalah hero

A
A
A

SATU beg darah yang didermakan mampu menyelamatkan tiga nyawa. Hakikatnya penderma darah adalah hero!

Tahukah anda, setiap titisan darah yang didermakan memberi manfaat seumpama ‘menyambung nyawa’ mereka yang memerlukan.

Seperti kita sedia maklum, darah merupakan satu komponen penting dalam perawatan kesihatan. Keperluan dan permintaan terhadap darah semakin meningkat hasil kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta.

Baca juga: Darah 'Ganjil' Rh17 Pemilik Lelaki Sarawak Diterbangkan Ke Johor

Setiap beg darah yang didermakan akan disaring dan diproses menjadi tiga komponen darah iaitu sel darah merah, platelet dan plasma.

Darah anda menyelamatkan tiga nyawa kerana setiap satu komponen darah mempunyai fungsi yang berbeza seperti berikut;

Baca juga: Wanita Terengganu antara 43 orang di dunia miliki ‘darah emas’ paling ‘rare.’ “You are the special one sis!”

SEL DARAH MERAH

-Pesakit talasemia

-Pesakit leukemia dan kanser

-Pesakit buah pinggang

-Kes anemia

-Pesakit yang kehilangan darah semasa pembedahan dan pemindahan darah

-Kes tumpah darah selepas bersalin

PLATELET

-Kes demam denggi dan demam denggi berdarah

-Penyakit leukemia dan kanser

-Kes pendarahan teruk

PLASMA

-Mangsa melecur akibat kebakaran

-Kes pendarahan teruk

-Kes demam denggi berdarah

-Kes kegagalan hati

Baca juga: Lelaki derma darah paling kerap, 632 kali dalam 30 tahun diiktiraf Malaysia Book of Record

Lihat, senarai panjang ini, banyak penyakit yang boleh dibantu dengan hanya satu beg darah. Sempena Hari Penderma Darah Sedunia hari ini ayuhlah sama-sama menyumbangkan titisan emas buat mereka yang memerlukan.

Baca juga: Pucat, letih mungkin anemia, kurang zat besi, ini makanan tambah darah

JENIS PENDERMAAN DARAH

Pendermaan darah boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu pendermaan darah penuh (whole blood donation) dan pendermaan secara aferesis (apheresis donation).

Pendermaan darah penuh (whole blood donation)

Inamerupakan pendermaan darah yang biasa dilakukan. Darah yang didermakan akan diproses di makmal kepada beberapa komponen seperti plasma, platelet dan sel darah merah (packed cell).

Pendermaan aferesis (apheresis donation)

Pendermaan aferesis ialah pendermaan plasma dan platelet, atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan mesin aferesis. Masa yang diambil untuk menderma adalah di antara 30 minit hingga 45 minit bagi plasma dan 45 minit hingga 75 minit untuk menderma platelet.

Oleh kerana melalui pendermaan aferesis sel darah merah penderma tidak diambil, penderma boleh menderma dengan lebih kerap. Tempoh antara pendermaan ialah setiap dua minggu sekali.

SYARAT PENDERMA DARAH

Sebelum layak mendaftar diri sebagai seorang penderma,darah, bakal penderma perlulah memenuhi beberapa kriteria asas berikut:

Penderma darah penuh (whole blood):

-Berumur di antara 18 hingga 60 tahun

-Berat badan melebihi 45 kilogram (kg)

-Sihat fizikal dan mental serta tiada masalah kesihatan yang kronik

-Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan tidak mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat sebelum hari pendermaan.

-Tidak berpuasa dan telah mendapat tidur yang cukup (lebih lima jam) sebelum menderma darah.

-Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun (bagi bukan warganegara Malaysia)

Bagi penderma aferesis, terdapat beberapa kriteria tambahan yang perlu dipenuhi termasuk;

-Berumur tidak melebihi 55 tahun

-Berat badan 55kg dan ke atas.

-Telah menderma darah penuh sekurang-kurang dua kali dan pendermaan terakhir tidak lebih daripada enam bulan.

-Mempunyai salur darah yang sesuai ( besar dan jelas)

-Kelayakan seseorang untuk menderma darah akan ditentukan oleh pegawai perubatan atau jururawat yang bertugas.

Bakal penderma hendaklah berada pada tahap kesihatan yang baik bagi memastikan proses pendermaan darah tidak akan memudaratkan manakala darah yang didermakan juga tidak akan selamat digunakan bakal penerimanya.

Pihak tabung darah menjalankan prosedur yang ketat dalam pemilihan penderma bagi menjamin kualiti darah.

MANFAAT DIPEROLEHI PENDERMA DARAH

Penderma-penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain tabung darah di hospital kerajaan layak mendapatkan rawatan percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan.

Bagi penderma yang telah menderma lebih 50 kali (bagi penderma ’whole blood’) dan lebih 150 kali (bagi penderma aferesis), mereka layak menerima rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu percuma untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu. Tempoh masa keistimewaan yang dinyatakan adalah sah digunakan bermula dari tarikh pendermaan terakhir.

Baca juga: Kematian dicemburui husnul khatimah, wanita meninggal dunia dalam sujud

Sumber: MyHealth

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca