KINI kita memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 28 April. Setiap orang diminta untuk duduk di rumah sahaja dalam usaha untuk memutuskan rangkaian wabak Covid-19 ini.

Sementara itu, di Twitter Pusat Bank Darah Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) ada membuat hebahan mengajak orang ramai untuk tampil ke hadapan bagi menderma darah.

Ini adalah untuk memastikan bekalan darah mencukupi kepada pesakit yang memerlukan setiap hari.

Kongsi seorang doktor, Aqwa Azman, menerusi laman Twitternya meminta kerjasama orang ramai agar dapat membantu mereka dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit.

Bekalan darah di hospital berkenaan semakin berkurangan akibat peningkatan kes virus Covid-19 dan kes khas lain seperti kes ibu mengandung, bayi dan pesakit kritikal.

Bagi orang ramai yang mahu menderma darah bolehlah hadir ke Jabatan Perubatan Transfusi, Menara Utama PPUM, dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

Iklan

Timbul kerisauan apabila perlu berhadapan sekatan daripada pihak polis?

Iklan

Jangan bimbang, kepada individu yang berbesar hati untuk menderma darah, mereka akan disediakan surat khas bersama tarikh dan masa yang akan diberikan. Anda boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Bank Darah UMMC di talian 03-79492705.

Ini hanya untuk mereka yang benar-benar mahu menderma darah sahaja ya. Jangan ambil kesempatan pula. Jom derma darah. Hari ini kita tolong orang, mungkin lain kali orang tolong kita.