IBU bapa tanpa disedari menjadi narsistik menyebabkan hidup anak tertekan.

Walhal kedua-dua insan ini bertanggungjawab membentuk dan mencorakkan permata hati mereka dan memainkan peranan dalam pendidikan.

Hidup bermasyarakat menyebabkan ramai ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik dalam soal mendidik anak-anak. Masing-masing menonjolkan diri dengan kejayaan anak-anak sebagai simbol kejayaan mereka sebagai ibu bapa yang berjaya.

Tahukah anda, apabila seseorang individu sentiasa ingin menjadi ibu bapa yang terbaik sehingga akhirnya menyebabkan anak-anak menjadi tertekan, ia adalah tanda-tanda ibu bapa narsistik?

Gangguan personaliti narsistik adalah salah satu daripada beberapa jenis gangguan personaliti. Ia ditandai dengan sifat mementingkan diri sendiri, sangat menyukai perhatian dan ingin sentiasa dikagumi.

Baca juga: Adam dalam drama ‘Aku Tanpa Cintamu’ memang wujud, ketahui ciri-ciri gangguan personaliti narsistik

Kredit foto: Pexels

Bagaimanapun di sebalik topeng keyakinan yang melampau ini terdapat harga diri yang rapuh terhadap kritikan.

Gangguan keperibadian narsistik menyebabkan timbulnya pelbagai masalah dalam kehidupan termasuk dalam perhubungan, pekerjaan, pendidikan atau kewangan.

Individu dengan gangguan personaliti narsistik biasanya tidak berpuas hati dan kecewa apabila mereka tidak diberi layanan, perhatian atau kekaguman khusus.

Baca juga: Kenali orang toksik, elak diri diracuni

Individu narsistik mendapati hubungan tidak memuaskan dan orang lain mungkin tidak senang berada di samping mereka.

Berikut tujuh tanda ibu bapa narsistik yang dikongsikan Mohd Fhais Salim:

1. Melihat anak sebagai sumber validation
Apabila anak mendapat keputusan peperiksaan cemerlang sebagai contoh skor 10A semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ibu bapa dengan gangguan personaliti narsistik akan memberitahu semua orang yang dikenalinya tentang kejayaan itu. Walhal sebelum ini tidak pernah cerita apa-apa pun tentang perihal anak. Bagi ibu bapa ini, anak-anak diibaratkan sebagai trofi. Apabila anak cemerlang dalam sesuatu perkara, mereka mahu dipuji.

2. Reaktif dari segi emosi tetapi menolak emosi anak
Hanya peduli akan keadaan emosi sendiri dan mengabaikan emosi anak. Ketika penat atau stres, anak perlu faham keadaannya tetapi ketika anak sedih atau kecewa, merek  tidak pula diambil peduli.

3. Utamakan kehendak sendiri
Anak memminta mainan yang berharga RM10 tetapi ibu bapa narsistik berkira-kira untuk membelinya. Namun kereta dengan bayaran ansura RM1000 sebulan baginya murah. Ibu bapa dengan gangguan personaliti narsistik biasanya sangat mementingkan kehendak diri sendiri berbanding keperluan anak.

4. Ikut ‘kepala’ sendiri
Apabila mereka rasa hendak berbual dengan anak-anak, ibu bapa dengan gangguan personaliti narsistik ini akan bertanya pelbagai soalan. Namun apabila tiada mood, mendengar suara anak sahaja pun boleh membuatkan mereka melenting.

Baca juga: Lelaki lebih mudah sakit mental, pentingkan imej macho

Kredit foto: Pexels

5. Pilih kasih
Anak yang pandai, rajin atau cantik akan selalu dipuji manakala anak yang memiliki kekurangan dibiarkan sendirian.

Iklan

6. Anggap anak selalu salah
Ibu bapa narsistik merasakan diri mereka sempurna, sentiasa betul, baik dan bijak. Apa sahaja kesalahan anak lakukan adalah salah mereka sendiri.

7. Mengharapkan anak membalas jasa
Ibu bapa narsistik akan menjadikan anak-anak umpama satu pelaburan. Anak-anak sudah diberitahu daripada awal perlu membelikan rumah besar, melangsaikan hutang dengan alasanmereka sudah banyak mengeluarkan wang untuk pendidikan dan membesarkan.

Percaya atau tidak, realitinya situasi seperti banyak berlaku dalam kalangan ibu bapa.

Sebagai ibu bapa, usah mendidik dengan cara semberono. Ambil masa untuk mempelajari ilmu keibubapaan bagi melancarkan lagi proses mendidik anak-anak.

Ibu bapa juga manusia yang serba kekurangan. Belajar daripada kesilapan dan terus perbaiki diri untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik kepada anak-anak.

Baca juga: Kes sakit jiwa di Malaysia semakin merisaukan. Kenali gejala skizofrenia yang jadi penyebab penderita bunuh diri

Iklan

Sumber: Mohd Fhais Salim, Public Health Malaysia

Kredit foto utama: Pexels

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi