Alahai mak ayah, jangan tipu pendapatan demi dapatkan tempat di MRSM, risau anak belajar tak berkat

A
A
A

BARU-baru ini Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) membuka permohonan untuk pengambilan pelajar Tingkatan Satu dan Empat bagi sesi pengajian 2024.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegur sikap segelintir ibu bapa yang sanggup menipu status pendapatan supaya dikategorikan sebagai B40, bagi membolehkan anak mereka diterima masuk ke MRSM.

"Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan B40 supaya anak diterima MRSM.

"Kesian kepada anak-anak yang belajar dalam keadaan tiada keberkatan akibat mengambil hak orang miskin yang lain," titipnya di laman sosial Facebook.

 

Status berkenaan menjadi tular sehingga menerima lebih 7,000 tanda suka dan 500 perkongsian daripada warga maya.

Dalam hantaran sebelumnya, Asyraf mengutarakan pendapat sama ada pelajar daripada keluarga T20 perlu membayar penuh kos yang ditanggung MARA.

"Kos seorang pelajar setahun untuk belajar di MRSM adalah sebanyak RM18,000. Matlamat ditubuhkan MRSM untuk bantu pelajar luar bandar dan miskin mendapat pendidikan terbaik dan ditanggung sepenuhnya oleh MARA.

Baca juga: Kenang jasa guru, cef Instagram Shafiquecute kembali ke MRSM Muar, pencapaiannya memberi inspirasi

Baca juga: Hafal 30 Juzuk Dalam 9 Bulan 22 Hari, Pelajar MRSM Dedah Tip Khatam Pantas

Baca juga: ‘Tahniah Kak Ngah.’ Anak kedua Liza Hanim raih Anugerah Pengetua MRSM

"Polisi MARA ketika ini ialah 60 peratus pelajar MRSM adalah terdiri daripada keluarga B40, miskin dan dari luar bandar.

"Apakah sudah tiba masanya untuk pelajar daripada keluarga T20 yang mahu mendapatkan manfaat belajar dalam ekosistem MRSM membayar penuh kos yang ditanggung MARA? Apa pandangan semua?" kongsinya.

Gambar hiasan (Sinar Harian)

Rata-rata jawapan daripada warga maya mahu kajian komprehensif dijalankan kerana berlaku kes penipuan slip gaji dan pelbagai lagi kegiatan untuk elak membayar yuran.

- "Kalau ada slip gaji boleh tahu jumlah pendapatan, yang tidak ada slip gaji macam mana nak tahu dia menipu atau tidak."

- "Hantar ejen check kat rumah, jenis rumah dan kereta yang di miliki . Check juga dengan LHDN dan KWSP . Maka boleh lah tahu mereka ini dari golongan senang atau susah."

- "Pendapat saya seeloknya anak-anak golongan B40, M40 dan T20 kena bercampur dalam sekolah berasrama supaya dapat mendidik keterbukaan dalam pemikiran. Sekiranya label B40,M40 dan T20 digunapakai, sepatutnya kuota kemasukan pun menggunakan nisbah yang sama iaitu 40:40:20 Harap sistem ini dapat diperbaiki."

- "Itulah hakikatnya. Bila hantar anak ke MRSM, tengok kebanyakan ibu bapa berkereta besar menjalar dengan segak bergaya. Tak rasa langsung mereka ni B40."

Baca juga: Bantu anak muda jadi doktor, Dr Sheikh Muszaphar umum tajaan pelajar SPM 2022 jurusan perubatan

Baca juga: 'Hadiah indah daripada anak untuk ibu.' Anak raih result cemerlang & dapat anugerah, luahan hati Rita undang sebak!

Baca juga: Doa dan zikir ibu bapa untuk anak hadapi peperiksaan, kekuatan daripada Asmaul husna

Gambar hiasan (Sinar Bestari)

Berkaitan isu pemalsuan maklumat gaji untuk mendapatkan bantuan atau kemudahan yang disediakan kepada orang miskin, SinarPlus memetik pendakwah, Ustaz Azhar Idrus.

Ujarnya, tindakan menipu maklumat pada penyata gaji hukumnya dari sudut agama adalah haram.

"Apakah hukum menipu penyata pendapatan untuk mendapatkan bantuan?

"Bantuan itu adalah untuk orang yang miskin namun penyata gaji individu itu tidak miskin.

"Dia berpura-pura miskin dengan menipu penyata untuk mendapatkan hak orang miskin hukumnya haram.

"Ingat ya, kalau kita nak terima bantuan perlu lihat sumbangan. Ada sumbangan khusus untuk orang miskin, ia hanya halal untuk orang miskin. Orang kaya haram (mendapatkannya)," katanya.

Sumber: Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, YouTube Ustaz Azhar Idrus Official

Kredit foto utama: Sinar Harian, Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca