BUNYI gigi bergeser atau berlaga ketika tidur berlaku kepada individu pelbagai peringkat usia. Golongan kanak-kanak adalah antara yang turut mengalaminya terutama semasa tidur malam.

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tersilap menyangka perbuatan itu adalah petanda mistik atau masalah perkembangan hingga timbul kekhuatiran. Public Health Malaysia merungkai penyebab sebenar perbuatan menggeserkan gigi oleh kecil sekali gus menghapuskan mitos yang dikaitkan.

Baca juga: Kulit udang jangan buang, rupanya tinggi khasiat, baik untuk tulang, gigi

Baca juga: Rasa takut jumpa doktor gigi, jangan terperangkap dengan masalah ‘dental phobia’

“Jangan terlalu mudah ‘menghukum’ anak sebagai bermasalah hanya kerana mereka memiliki tabiat menggeserkan gigi semasa tidur.

“Kajian membuktikan, tabiat itu tiada kaitan dengan tingkah laku negatif  dan ia sangat ‘common’ dalam kalangan kanak kanak.

“ Sebanyak 17 hingga 20 peratus kanak kanak pernah mengalami situasi ini dan ia akan hilang sendiri apabila mereka meningkat dewasa,” katanya.

Baca juga: Terbaik! Lukisan kanak-kanak Malaysia terpilih maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022

Ia menyarankan ibu bapa agar mendapatkan pemeriksaan lanjut jika perbuatan itu mengganggu tidur atau menyebabkan kanak kanak kepenatan pada keesokan hari, mengakibatkan kesakitan, wujud trauma atau pendarahan dan mengakibatkan gigi menjadi sensitif (terhadap air sejuk atau panas).

Baca juga: Wanita alami Bell’s Palsy, lumpuh sebelah muka, tidur menghadap kipas jadi punca?

Jelasnya, perbuatan menggeserkan gigi pada kanak-kanak adalah disebabkan oleh tiga keadaan iaitu;
-Stres
-Masalah gigi tidak tersusun
-Posisi tidur tidak sesuai / betul
-Perubahan hormon

Iklan

Baca juga: Kronologi kejadian, bahaya tidur dalam kereta, remaja maut pendarahan paru-paru terhidu gas

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan panduan buat ibu bapa mengenai keadaan ini dan petanda-petanda yang perlu dilihat pada anak bagi mendapatkan rawatan.

Baca juga: Anak sukar tidur lena, kerap tak sihat, ini tip mudah dikongsi doktor

Iklan

Sumber: Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan