PASTI ramai yang mengalami rasa kebas atau ‘semut-semut’ ketika bangun tidur. Ia biasanya berlaku ketika salah satu bahagian tubuh tertindih ketika tidur.

Ini disebabkan peredaran darah yang tidak lancar kerana tekanan pada saraf.

Jangan lupa follow kami di INSTAGRAM! 

Namun, dalam kes tertentu, kebas ketika bangun tidur juga boleh menjadi tanda penyakit yang tidak boleh diabaikan.

Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad, kebas yang hanya terjadi sesekali adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan.

Bagaimanapun ujarnya, keadaan itu boleh membimbangkan jika ia kerap terjadi dan boleh menjadi petanda beberapa penyakit termasuklah;

1. Carpal tunnel syndrome

Penyakit ini disebabkan oleh tekanan pada saraf utama di bahagian depan pergelangan tangan. Selain kerap kebas ketika bangun tidur, gejala lain penyakit ini adalah cengkaman tangan jadi kurang kuat dan mudah lenguh.

2. Spondylosis serviks leher

Penyakit ini disebabkan cengkaman tulang belakang pada bahagian leher. Biasanya, masalah kesihatan ini sering terjadi dalam kalangan orang tua. Selain kesemutan, tanda-tanda lain spondylosis serviks leher adalah tengkuk menjadi kaku selain kaki hilang sensasi.

3. Neuropati perifer

Ia adalah sejenis penyakit yang disebabkan kerosakan pada sistem saraf. Saraf ini bertugas menerima dan mengirim signal di antara sistem saraf utama dan tubuh.

Gejala neuropati perifer yang biasa adalah sering mengalami kesemutan terutamanya ketika bangun pada waktu pagi, tubuh berasa sakit ketika bangun dan telinga berdengung.

diabetes

4. Diabetes

Iklan

Diabetes adalah penyakit kronik yang menyebabkan gula dalam darah tinggi. Keadaan ini terjadi ketika tubuh tidak efektif memberi respons terhadap insulin. Salah satu gejala penyakit itu adalah kebas, tubuh berasa sengal selain kehilangan deria rasa dan sentuhan pada kaki.

5. Kekurangan vitamin B12

Vitamin B12 berguna untuk memastikan otak dan saraf berfungsi dengan baik. Kekurangan vitamin B12 boleh disebabkan masalah kesihatan seperti gastrik dan penyakit autoimun.

Gejala kekurangan vitamin B12 antara lain anggota badan kebas, sakit sendi dan otot serta nafsu makan menurun.

Iklan

Jadi, jika tubuh kerap mengalami masalah semut-semut ini, pastikan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut, tambah lagi jika ia berlarutan lebih daripada beberapa minit.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI