Bulanan hanya RM300, 11 info Axia E berharga RM22,000 sahaja termurah di Malaysia!

MUNGKIN ini kereta yang dinantikan ramai orang muda! Perodua Axia E 2023 dikaatakan harga kereta paling murah dalam pasaran.

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) memperkenalkan model baharu Axia E bertransmisi manual dengan harga mampu milik hanya RM22,000 tanpa insurans.

Ini menjadikan Axia E sebagai model paling murah pernah diperkenalkan oleh Perodua sejak model pertamanya, Kancil, yang dilancarkan pada Ogos 1994 dengan harga RM24,800.

Sasaran utama pengeluarannya adalah kepada golongan berpendapatan rendah dan pemilik motosikal yang bercadang memiliki kenderaan baharu.

Baca juga SUV mini pertama Honda, WR-V lebih sporty, lengkap dengan ciri keselamatan maksimum

Kredit foto: Media Sosial

 

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berikut info berkaitan;

1. Axia E mula dibuka untuk tempahan bermula hari ini dan penghantaran dijangka akan dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari selepas tempahan.

2. Axia E mempunyai stok sedia ada sebanyak 3,000 unit dan memang sudah bersedia untuk dihantar segera selepas tempahan.

3. Axia E adalah berdasarkan model Perodua Axia yang diperkenalkan pada 2017 dan ia diperakui dengan penarafan empat bintang ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

4. Perodua Axia E adalah sebahagian daripada objektif asal kumpulan untuk menyediakan mobiliti yang mampu milik dan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia.

5. Perodua Axia E didatangkan dengan dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan jaminan selama lima tahun dengan tiga pilihan warna dtawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver serta warna baharu Granite Grey.

6. Sejak dilancarkan pada 2014 sehingga 31 Mei 2023, Perodua telah merekodkan pendaftaran sebanyak 606,756 unit model Axia, termasuk Axia serba baharu yang dilancarkan pada Februari lalu. Bagi Axia E, disasarkan jualan sebanyak 1,500 unit sebulan, termasuk pemilikan individu dan jualan korporat.

Baca juga Aplikasi MyJPJ lebih mudah dan pantas. Tak perlu beratur panjang-panjang kat kaunter

Iklan
Kredit foto: Media Sosial

7. Perodua percaya bahawa model ini menjadi pilihan yang ditunggu rakyat. PERODUA percaya Axia E akan membantu unjuran jualan keseluruhan kumpulan tahun ini.

8. Dalam pada itu, Axia E telah diuji dan terbukti dalam pasaran selama bertahun-tahun dan kumpulan percaya varian itu akan memenuhi peranan semasanya dalam memberi peluang kepada pemilik motosikal supaya memiliki kereta baharu.

9. Berdasarkan perbincangan dengan institusi kewangan, Perodua mendapati hanya RM300 diperlukan untuk membayar kos sewa beli setiap bulan untuk memiliki Axia E. Itu adalah kos sama yang perlu dibayar untuk membeli motosikal baharu secara sewa beli.

10. Kelainan yang dilaksanakan Perodua bagi model Axia E ini juga adalah memperkenalkan harga jualan yang sama untuk seluruh Malaysia berbanding kebiasaan sebelum ini harga jualan Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah berbeza.

Iklan

11. Tempahan untuk Perodua Axia E dibuka mulai hari ini dengan fi RM100 di kesemua ruang pameran Perodua di seluruh negara dengan 3,000 unit stok sedia ada.

Baca juga Wajib ke mandikan kereta atau motor baharu dengan air Yasin? Ini penjelasan Dr Zulkifli

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!