12 peserta mengharungi cabaran uji ketahanan, persahabatan sejati menerusi Maskulin Who’s Your Bro’
LELAKI sering dikaitkan dengan kekuatan, daya tahan, dan kepimpinan. Namun, adakah itu sahaja yang mendefinisikan kehebatan seorang lelaki?
Untuk pertama kalinya dalam sejarah 24 tahun jenama Maskulin, rancangan realiti TV “Who’s Your Bro” hadir untuk mengubah persepsi itu, membawa makna lebih mendalam tentang maskuliniti moden.
Sebagai cerminan jenama Maskulin, rancangan ini meraikan kesihatan fizikal, kestabilan mental, dan kekuatan hubungan sosial. Di setiap episod, penonton akan dibawa menyaksikan perjuangan dan kebangkitan semula, di mana semangat persaudaraan menjadi kunci kepada setiap pencapaian.
Setiap peserta berpasangan untuk membentuk duo dinamik, membuktikan bahawa kejayaan bukan hanya tentang diri sendiri tetapi juga tentang kepercayaan dan sokongan daripada seorang “bro”.
Menariknya, Who’s Your Bro bukan hanya berfokus pada persaingan. Kandungan digital eksklusif di platform seperti Facebook, Instagram, TikTok, dan YouTube mendedahkan sisi peribadi peserta di luar pertandingan. Dari aktiviti harian hingga detik emosi yang jarang dilihat, penonton berpeluang mengenali setiap peserta dengan lebih dekat.
Selain itu, rancangan ini juga menjadi platform advokasi kesedaran kesihatan lelaki, khususnya mengenai kanser prostat. Melalui episod khas dan aktiviti lapangan, Who’s Your Bro membawa mesej bermakna yang melangkaui skrin, menyeru lelaki untuk lebih peka terhadap kesihatan mereka.
'Maskulin Who’s Your Bro' akan menemui penonton di saluran Astro Ria bermula 29 November 2024, setiap Jumaat jam 9 malam.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang