‘Halal tapi haram bila dicerita.’ Ustaz Bola pesan jangan dedah aib rumah tangga

No Image Caption
A
A
A

PENDEDAHAN mengejut oleh usahawan popular mengenai dirinya dijangkiti virus herpes hasil hubungan intim secara oral bersama suaminya mendapat perhatian ramai.

Bukan setakat doktor bertauliah, malah pendakwah bebas, Da’i Tajdid Hadhari atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bola terpanggil untuk berkongsi teguran.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, beliau menyifatkan tindakan itu tidak wajar dan bertentangan dengan adab Islam, meskipun hubungan tersebut dilakukan dalam ikatan perkahwinan yang sah.

“Ya, betul… hubungan antara suami isteri itu halal dan berpahala. Tapi kalau diceritakan kepada umum, itu dah jatuh haram,” tegasnya.

No Image Caption

Dalam video tersebut, beliau turut memetik sebuah hadis sahih yang membawa maksud:

“Seburuk-buruk manusia di sisi ALLAH SWT pada hari kiamat ialah mereka yang melakukan hubungan intim dengan pasangannya, lalu menceritakannya kepada orang lain.”

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Da’i Tajdid menjelaskan, walaupun seseorang itu bergelar selebriti atau pempengaruh, ia bukan lesen untuk berkongsi segalanya kepada umum, apatah lagi perkara sulit yang seharusnya hanya diketahui pasangan.

“Apa pun yang berlaku, biarlah antara kita dan pasangan sahaja. Tak perlu bercerita pada umum tentang punca penyakit atau hal dalaman rumah tangga.”

No Image Caption

Beliau turut mengingatkan bahawa status ‘pempengaruh’ membawa tanggungjawab besar kerana setiap perkongsian boleh mempengaruhi persepsi dan tindakan orang lain.

“Bila kita ada pengikut, setiap kata dan cerita kita beri kesan. Tak elok dedahkan aib sendiri, apatah lagi aib pasangan. Jaga maruah, elakkan fitnah,” katanya lagi.

No Image Caption

Tambahnya lagi, Islam sangat menekankan soal adab dan rasa malu dalam perhubungan kerana dua elemen itu perlu dijaga agar keharmonian rumah tangga tidak tercemar.

“Hadis Nabi banyak kali sebut tentang pentingnya malu. Malu itu sebahagian daripada iman. Tak perlu buka cerita aib. Kalau dah kena jangkitan, biar doktor je yang tahu, bukan satu dunia.”

No Image Caption

Penyampai radio Zayyan itu juga menyeru semua pasangan suami isteri sama ada selebriti atau orang biasa supaya lebih bijak, matang dan berhemah dalam berkongsi di media sosial.

“Halal itu indah bila dijaga dengan adab. Tapi bila dibuka untuk tontonan umum, boleh berubah jadi haram dan memalukan," jelasnya lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang