LEBIH rancak dan epik! Epic 10th Lazada Birthday Sale yang berlangsung pada 14 hingga 26 Mac ini nampaknya satu tawaran yang sukar untuk dilepaskan.

Mana tidaknya, anda boleh chup dulu item idaman tanpa had dan bayar kemudian! Harganya pun jauh lebih murah dan memang menguntungkan.

Malah, terdapat potongan harga sebanyak RM15 untuk pembelian pertama.

Epik 10th Lazada Birthday Sale

Bagaimana caranya? Anda hanya perlu memilih barangan yang ingin dibeli, kemudian bayar deposit bermula 14 Mac hingga 26 Mac dan pastikan pembayaran akhir dibuat pada 27 Mac pada jam 2 pagi.

Antara tawaran eksklusif disediakan seperti susu PediaSure berperisa vanila 3kg X 4 unit bernilai RM969 berbanding harga asal, RM1,241.60.

Baca juga Lazada Home Fabulous Deals lebih murah dan menjimatkan, rebut Tefal Air Fryer RM1 untuk pembelian item terpilih

Susu Ensure Gold 2.4kg X 3 pak berperisa vanila yang dijual pada harga RM583 berbanding RM742.21 memang berbaloi untuk dipilih sebagai item chup dulu.

Epik 10th Lazada Birthday Sale

Bukan apa, harganya jauh lebih murah dan menjimatkan kepada ibu-ibu yang menggunakan susu khas untuk anak mereka.

Selain itu, kaki shopping khususnya para ibu boleh intai-intai promosi hebat seperti lampin pakai buang Drypers Drypantz x 3 pak yang ditawarkan pada harga RM85 sahaja.

Baca juga Shopee Mum’s Club platform ibu cari produk terbaik, tulen si manja

Genki! Pants E-Jumbo x 4+1 pak yang dijual pada harga RM73.50 berbanding harga asal, RM149.90 pun menarik juga.

Epik 10th Lazada Birthday Sale

Bolehlah para ibu simpan stok susu atau lampin pakai buang buat keperluan si kecil.

Barangkali memahami keperluan kaki shopping yang mungkin sedang mencari-cari stok kurma, kekacang atau pun kudapan ringan, Signature Market Good Morning Bundle menawarkan itu semua.

Baca juga Tak tahu nak beli makanan organik dan semula jadi terbaik, Signature Market platform paling sesuai

Harga serendah RM49.90 selepas diskaun memang puas hati kerana terdapat enam item dalam pakej tersebut iaitu tepung susu soya organik, Breakfast Muesli, Original Chunky Peanut Butter, Classic Nut Mix, Omega-3 Trail Mix dan Low Carb Mix.

Iklan

Epik 10th Lazada Birthday Sale

Memang sesuai untuk mereka yang merancang menu sahur sihat sepanjang bulan puasa nanti. Menarikkan?

Buat pencinta coklat, terdapat promosi hebat yang memang rugi kalau dilepaskan kerana jenama Cadbury dan Kit Kat mempunyai set istimewa.

Baca juga Rebut diskaun hingga 80 peratus sempena Lazada 3.3 Treats, harga lebih murah untuk tempoh tiga hari saja

Cadbury Special Gift Box bernilai RM67 wajib chup dulu kerana terdapat empat jenis manisan sebagai kejutan.

Iklan

Epik 10th Lazada Birthday Sale

Tidak kurang juga, tawaran eksklusif Nestle KitKat Birthday bernilai RM47.50 memang menguntungkan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Jadi apa tunggu lagi peminat coklat sekalian?

Jangan lupa untuk chup dulu item pilihan kerana banyak lagi yang ditawarkan sempena Epic 10th Lazada Birthday Sale.