SELEPAS Pulau Langkawi, Kedah dibuka untuk kedatangan pelancong, pasti ramai tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke pulau lagenda tersebut.

Pulau bebas cukai itu bukan sahaja mempunyai tarikan tersendiri, sama ada dari segi geografi seperti hutan belantara, pantai dan pulau yang cantik, malah hasil kraftangannya juga tidak kurang hebatnya.

Barangkali mahu merancakkan kempen promosi terhadap kraftangan sentuhan anak tempatan, sebuah portal MYCRAFTSHOPPE dilancarkan baru-baru ini.

MYCRAFTSHOPPE

Majlis penuh meriah itu disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri di Kompleks Kraf Langkawi.

Bercakap mengenai pelancaran tersebut, Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata, platform digital yang berkonsepkan Global Reach Local Identity itu berjaya menghimpunkan seramai 602 usahawan kraf.

“Portal MYCRAFTSHOPPE mampu membantu menawarkan maklumat berkaitan rantaian industri kraf merangkumi produk, reka bentuk, bahan mentah dan perkhidmatan selepas pembelian.

“Portal tersebut dilihat bertepatan dan selari dengan Rangka Tindakan (BluePrint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital),” katanya dalam satu kenyataan.

MYCRAFTSHOPPE

Tidak menolak kepentingan transformasi digital lebih berinovatif dalam memasarkan produk tempatan pada era pandemik Covid-19, Nancy terus mengajak semua untuk berubah.

“Para usahawan dan komuniti kraf disarankan supaya mengambil peluang keemasan untuk menguasai teknologi bagi meningkatkan lagi kemahiran dalam dunia digital.

“Selain itu, saya juga menggalakkan masyarakat supaya terus menghargai dan menggunapakai produk kraf tempatan yang berkualiti seterusnya memberi sokongan dengan pembelian di MYCRAFTSHOPPE,” katanya.

MYCRAFTSHOPPE

Seperti yang ramai maklum, Kompleks Kraf Langkawi menjadi salah satu destinasi wajib dikunjungi para pelancong kerana menghimpunkan pelbagai produk unik ikonik Pulau Langkawi.

Justeru, bagi mereka yang belum berkesempatan untuk datang bercuti atau membeli-belah di sana, jangan bimbang kerana portal MYCRAFTSHOPPE, semuanya boleh dibeli secara online.

MYCRAFTSHOPPE
Selain itu, CraftOnTheGo (COTG) juga dilancarkan sebagai perkhidmatan direktori usahawan kraf yang boleh dimuat turun melalui aplikasi Playstore dan App Store.

Direktori digital tersebut membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai usahawan kraf seluruh negara dengan lebih mudah dan efektif pada bila-bila masa.

Iklan

Menarik bukan? Jadi, apa tunggu lagi. Cepat-cepat dapatkan promosi menarik yang masih berlangsung hingga hujung bulan ini.

MYCRAFTSHOPPE

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Antara kempen bermusim cukup berbaloi-baloi dengan baucar dan promosi istimewa juga diadakan sepanjang bulan ini adalah seperti berikut:

1. Promosi ‘Best From The State’ hingga 30 September ini dengan tawaran potongan harga sehingga RM20 bagi produk kraf dari Penang, Kedah, Langkawi dan Perlis.

2. Promosi MCS Crazy Sale Special Selection hingga 30 September ini yang menawarkan produk songket, tenunan dan tembaga.

Iklan

3. Promosi V-HKK Promotion Campaign hingga 30 September ini dengan menawarkan boucer potongan sebanyak RM30 dengan setiap pembelian RM100.

MYCRAFTSHOPPE

4. Promosi Pay Days Sale hingga 30 September ini dengan potongan boucer RM10 dengan setiap pembelian RM50.

Bagi mereka yang mendaftarkan sebagai ahli baru, jangan lepaskan peluang untuk menikmati baucar diskaun bernilai RM20.

Setiap pembelian berjumlah minimum gandaan RM100, akan menikmati diskaun sebanyak RM30 yang ditawarkan di 10 pusat jualan Karyaneka (anak syarikat Kraftangan Malaysia) menerusi www.karyaneka.com.