RM90 bilion aset beku belum dituntut! BBM X SEDANIA bongkar pentingnya hibah dalam rancang masa depan

No Image Caption
A
A
A

BERGEGAR pentas Auditorium Karangkraf dengan tepukan gemuruh lebih 150 penonton yang sporting memeriahkan Borak Bibir Merah (BBM) Eksklusif Bersama Erra Fazira anjuran SinarPlus.

Istimewanya episod kali ini mengetengahkan topik hangat yang dibawa khas oleh SEDANIA As Salam Capital dengan tajuk Hibah: Wariskan Kasih, Bukan Beban.

Bual bicara kegemaran ramai itu menampilkan tiga wanita hebat iaitu Ketua Pegawai Eksekutif SEDANIA As Salam Capital, Khairul Nisa Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank (HLISB), Dafinah Ahmed Hilmi dan dramatis versatil, Fauziah Ahmad Daud.

No Image Caption

Jika merujuk statistik yang dikongsikan media tempatan, satu pendedahan mengejutkan apabila aset beku di Malaysia mencecah RM90 bilion, yang mana 90 peratus daripadanya melibatkan aset kaum Melayu yang masih belum dituntut.

Mengulas lanjut, Khairul Nisa berkata, pihaknya melahirkan kebimbangan selepas melihat jumlah aset beku yang begitu tinggi dan belum dituntut, lalu timbul persoalan tentang nasib keluarga waris.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

“Dari segi pengurusan harta, kesedaran terhadap instrumen hibah nampaknya masih rendah, sedangkan ia merupakan instrumen agihan harta yang melengkapi sistem pembahagian harta sedia ada dan mengikut syarak seperti faraid.

“Tidak dinafikan, banyak isu timbul apabila harta sepencarian dituntut secara tidak adil oleh ahli keluarga si mati sehingga menyebabkan nasib waris yang ditinggalkan tersisih,” jelas beliau.

No Image Caption

Ujarnya lagi, hibah cukup berbeza dengan wasiat kerana hibah merupakan hadiah atau pemberian yang dilakukan oleh pemilik harta ketika hidup kepada keluarga terdekat seperti anak atau isteri atas dasar kasih dan sayang.

“Harta yang dihibahkan akan terkecuali daripada bahagian faraid kerana perlaksanaan itu dilakukan ketika pemilik harta masih lagi hidup.

“Maka, kebajikan waris khususnya anak perempuan dan isteri lebih terbela kerana ada bahagian harta yang telah diperuntukkan melalui instrumen hibah tersebut untuk mereka,” katanya.

No Image Caption

Justeru, Khairul Nisa menyarankan para wanita untuk merancang masa hadapan sendiri dan keluarga dengan lebih bijak bersama JOMHIBAH, iaitu inovasi platform digital pertama di Malaysia yang direka khas bagi memudahkan pelaksaaan instrumen pengurusan pusaka Islam.

“Kami bekerjasama dengan Wasiyyah Shoppe Berhad dan Hong Leong Islamic Bank sekali gus menawarkan solusi perancangan dan pengurusan harta secara menyeluruh serta fleksibel kepada masyarakat beragama Islam.

“Pada masa sama, Hong Leong Islamic Bank membantu dari segi memperluas akses pembiayaan hibah melalui Pembiayaan Peribadi-i HLISB yang patuh syariah,” terangnya.

Akses digital kewangan Islamik

Sementara itu, Dafinah turut mendedahkan, hasil tinjauan yang dilakukan terhadap pengurusan kewangan Islam menunjukkan 77 peratus responden masih tiada dokumentasi atau niat perancangan kewangan.

No Image Caption

“Rata-rata responden akui mereka tahu kepentingan pengurusan kewangan, namun masih belum melaksanakannya. Sebenarnya ia penting, lebih-lebih lagi banyak isu penipuan kewangan berlaku.

“Kesedaran tentang simpanan masa depan dan perancangan pengurusan harta pusaka sangat penting kerana kita tahu proses tersebut sangatlah kompleks jika tidak dirancang dengan baik,” pesannya.

Biasanya bintang masuk bila lampu dah ready tapi kali ni penonton dulu yang bersinar!

Menjelaskan lebih lanjut tentang perubahan yang dilaksanakan HLISB selari dengan kehendak masyarakat, Dafinah memberitahu bahawa perkhidmatan institusi pelaburan digital berteraskan kewangan Islamik kini lebih meluas.

No Image Caption

Secara peribadi, Dafinah menyatakan bahawa sama ada hibah atau wasiat, kedua-duanya mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk menjamin keperluan pemilik dan hak waris masing-masing.

“Namun begitu, bagi saya, apa yang paling penting adalah kesedaran orang ramai terhadap perancangan harta pusaka bagi mengelakkan konflik keluarga berpanjangan.”

Wasiat pun boleh buat gaduh

Bagi Fauziah yang mesra disapa Kak Ogy, beliau secara peribadi tidak terkecuali memikirkan masa depan anaknya yang kini berusia 17 tahun dan bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level.

No Image Caption

“Alhamdulillah anak yang dijaga seawal usia 10 hari itu jenis dengar cakap dan saya sudah mendidiknya sebaik mungkin. Ya benar, saya harus memikirkan masa depan anugerah ALLAH ini.

“Saya sudah dengar tentang hibah ini sejak lama dahulu, cuma kita sudah diterapkan dengan kaedah pengagihan wasiat selepas mati berlandaskan hukum faraid,” katanya.

No Image Caption

Namun setelah mendengar penjelasan terperinci tentang hibah menerusi BBM X SEDANIA, pemilik Ogy Ventures & Network itu mengakui dapat memahami kepentingan hibah dengan lebih jelas.

“Barulah saya faham, sekiranya saya menghibahkan harta kepada anak nanti, maka ahli keluarga lain tidak boleh menuntut (melalui faraid). Bagi saya, ia bagus demi masa depan anak.

“Secara terus terang, hibah merupakan senario yang baharu buat saya. Jika difikirkan semula, saya lebih cenderung kepada hibah kerana pengagihan harta 100 peratus daripada pemilik kepada penerima.

No Image Caption

“Kita semua tahu, dengan wasiat pun boleh buat ahli keluarga bergaduh. Buat pening saja! Jadi saya fikir hibah ini boleh dipraktikkan dalam kalangan adik-beradik kerana tidak bercanggah dengan hukum syariah,” katanya.

Menjawab stigma bahawa hibah hanya untuk orang kaya yang berharta, Kak Ogy tidak bersetuju kerana baginya semua orang layak menerima hibah tidak kira apa bentuk warisan sekali pun.

No Image Caption

“Jika kita sayangkan anak dan keluarga, harta yang ada wajar dihadiahkan mengikut pilihan masing-masing kepada waris. Apapun, bila kita sudah tiada di dunia ini, mereka yang masih hidup perlu meneruskan hidup.

“Justeru, sebagai ibu bapa, kita perlu bantu untuk menyenangkan hidup anak di kemudian hari,” katanya selepas menjawab soalan cepu emas yang diutarakan Erra Fazira sempena program dua jam tersebut.

No Image Caption

Suasana semakin gamat apabila penonton turut menanyakan soalan berkaitan hibah sekali gus memperoleh ilmu baharu sebagai jaminan perlindungan masa depan wanita.

No Image Caption

No Image Caption

Menariknya, BBM X SEDANIA kali ini dirancakkan dengan tajaan makanan dan hadiah daripada Chiq Chopz Chicken Chop, Marrybrown, Belantara Resort, Wardah, iOli Communications, La Leader Worldwide, Offspring serta Tanamera.

No Image Caption

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang