Sijil nikah tarikh lain dari akad, sahkah perkahwinan? Ustaz kongsi pencerahan. 'Sebab itu pentingnya kursus kahwin'

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Uqasha Senrose semalam berkongsi kegusaran mengenai status perkahwinannya dengan suami, Kamal Adli susulan maklumat pada sijil pernikahannya yang tidak tepat.

Menurut pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu, dia baharu menyedari tarikh pernikahan adalah 5 November namun tarikh yang dicatat 4 November.  

Hal tersebut menimbulkan tanda tanya sekali gus kebimbangan perkahwinan itu tidak sah kerana perbezaan tarikh tersebut.

No Image Caption

Pendakwah muda, Ustaz Fakhrur Shah berkongsi butiran lanjut memberi pencerahan sekali gus merungkai kekeliruan yang menjadi tanda tanya.

"Hari ni ramai tanya sah ke akad nikah tarikh lain tetapi pada sijil tarikh lain.

"Allahuakbar. Sebab itu pentingnya kita kena hadiri kursus nikah, ambil tahu sedikit sebanyak, paling-paling kurang pun tahu rukun nikah ada berapa dan syarat sah nikah.

"Tapi tak mengapalah, mungkin kita ni lupa. Rukun nikah ni ada lima sahaja. 

Artikel Berkaitan:

"Pertama sekali pengantin lelaki, kedua pengantin perempuan, ketiga wali, keempat dua orang saksi  dan kelima ijab serta kabul. Itu sahaja, tarikh tidak termasuk dalam rukun nikah," kongsinya.

No Image Caption

Beliau dalam masa yang sama berharap orang ramai khususnya umat Islam faham hukum dan tidak mudah panik terhadap perkara teknikal seperti tarikh dalam sijil.

"Tak perlu risau fasal tarikh, insya-ALLAH sah nikah. Kalau salah tarikh pada sijil sekalipun perbetulkan tarikh di pejabat agama di negeri masing-masing.

"Anak sudah ramai baru nak bising fasal tarikh.

"Apa pun, sama-sama kita doakan supaya ALLAH Taala permudahkan segala urusan mereka sama ada di dunia maupun di akhirat, insya-ALLAH," kongsinya.

Terdahulu, Uqasha hadir ke prosiding pertama perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pelakon Tundukkan Playboy Itu dan Hero Seorang Cinderella itu memfailkan perceraian terhadap Kamal Adli pada 1 Oktober.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada 27 April 2024.

Sumber: Threads

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang