SESUNGGUHNYA, Ramadan adalah masa terbaik untuk kita memperbanyakkan amalan murni kerana ganjaran yang diperoleh berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain.

Selain membasahkan bibir dengan membaca al-Quran, ibadah bersedekah yang dilakukan demi membantu dan meringankan beban mereka yang memerlukan memang sangat digalakkan oleh agama.

Bukan sahaja orang perseorangan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan seperti yang dianjurkan, malah banyak syarikat korporat turut mengambil peluang keemasan tersebut untuk berbakti dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada bulan yang mulia ini.

Siti Khadijah Al Quran Braille

Salah satunya ialah perintis telekung terkemuka dan terkenal di Malaysia, Siti Khadijah (SK).

Jenama terkenal itu baru-baru ini telah menyerahkan sumbangan 50 set naskhah al-Quran Braille kepada golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan menerusi program Nur Al-Quran.

Siti Khadijah Al Quran Braille

Baca juga Ganjaran besar dan berpanjangan di dunia juga di akhirat dengan berwakaf al-Quran. Berikut fadilat-fadilat lain

Majlis penyerahan tersebut telah diadakan di Menara PKNS, Petaling Jaya, Selangor dan dirasmikan oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahibul Fadhilah Muhyidin Aziz@Saari.

SK dalam satu kenyataan menyebut, Nur Al-Quran yang dikendalikan oleh SK Cakna merupakan inisiatif pembangunan komuniti SK.

Siti Khadijah Al Quran Braille

SK Cakna dengan slogan Santuni Komuniti ditubuhkan atas inisiatif Kumpulan Syarikat SK untuk menjalankan aktiviti CSR dengan objektif utama iaitu memberikan manfaat kepada orang ramai.

“Objektif utama Nur Al-Quran ini adalah untuk memberi sinar baharu kepada golongan OKU penglihatan bagi memudahkan mereka dalam membudayakan kitab suci al-Quran.

Baca juga Sama ke pahala baca al-Quran guna telefon dengan mushaf? Jom baca penjelasan ini…

“Sebanyak 200 set al-Quran Braille disasarkan untuk disumbangkan kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM),“ ujar jenama itu lagi.
Kenyataan itu menambah, program Nur Al-Quran yang dilancarkan pada 7 Mac lalu dan hanya akan berakhir pada akhir Jun ini.

Iklan

Siti Khadijah Al Quran Braille

“Durasi masa ini adalah untuk memberi ruang kepada masyarakat untuk sama-sama berusaha mengumpul dana bagi mencetak lebih banyak naskhah al-Quran Braille buat golongan OKU penglihatan,“ kata mereka.

Dalam pada itu, beritahu SK, orang ramai boleh membeli buku doa-doa harian secara dalam talian atau di mana-mana butik SK.

Baca juga Sejadah putih SK x Amru konsep minimalis

Iklan

Siti Khadijah Al Quran Braille

Sebahagian daripada pembelian akan disumbangkan terus kepada PPOBM untuk menampung kos pencetakan al-Quran Braille.

“Moga usaha ini akan diteruskan agar lebih ramai kelompok seperti golongan OKU dapat menerima manfaat dan mampu mempertingkatkan keupayaan mereka untuk lebih berdaya saing,“ ujar jenama itu lagi.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI