Wafer ikonik genap 100 tahun! Perisa asli berkualiti tinggi bikin orang Malaysia tak jemu makan

SIAPA je tak kenal Loacker, jenama wafer rangup dengan keunikan perisa tersendiri sentiasa menjadi pilihan ramai tak kira masa lapar, stress atau sekadar manjakan diri.
Nampaknya, tahun ini menjadi lebih manis kerana label terkemuka dari pergunungan Alps Itali itu secara rasmi sudah berusia 100 tahun. Ya, sudah cecah satu abad!
Bukan sekadar snek biasa, Loacker berjaya menawan hati peminat di lebih 110 negara termasuk Malaysia yang terkenal dengan rakyat paling friendly bila sebut coklat!

Pengarah Perniagaan APAC Loacker, Juan Pablo Carriquiry berkata, pihaknya berterima kasih atas sokongan dan kasih sayang berterusan peminat di Malaysia.
“Negara yang indah ini bukan sahaja menerima wafer kami sebagai snek, malah sebagai sebahagian daripada detik kegembiraan yang dikongsi bersama keluarga dan rakan.

“Malaysia benar-benar mencerminkan nilai-nilai yang kami junjung iaitu kekeluargaan, kualiti dan keaslian. Jadi, kami akan terus kekal konsisten menyampaikan kebaikan sumber semula jadi yang dihasilkan dengan teliti,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, Melissa Tan berkata, ulang tahun ke-100 Loacker bukan sekadar meraikan sejarah tetapi penegasan janji untuk terus menyampaikan kebaikan kepada generasi akan datang.

Apa yang membuatkan Loacker terus kekal relevan? Selain menggunakan 100 peratus bahan semula jadi, keseluruhan produk dihasilkan tanpa perisa tiruan, pewarna, bahan pengawet atau trans lemak.
Boleh bayangkan tak setiap gigitan wafer penuh dengan keenakan kacang hazel dari ladang sendiri di Itali, susu Alpine bebas GMO dari South Tyrol, vanila asli Madagascar dan koko terbaik dari Ecuador & Côte d’Ivoire. Padanlah sedap!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang