Hati-hati, subvarian Omicron Covid-19, HK.3 dan JN.1 dikesan di Sarawak, 10 info perlu tahu agar waspada

A
A
A

HATI-hati semua, subvarian Omicron Covid-19, HK.3 dan JN.1 dilaporkan sudah dikesan di beberapa bahagian di Sarawak.

Memetik Astro Awani, Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Dr David Perera berkata pihaknya mengesan kehadiran subvarian Omicron itu selepas meneliti 61 sampel, yang diperoleh dari November hingga Disember tahun ini.

Orang ramai di negeri itu dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga terutama pada musim perayaan ini selepas kedua-dua subvarian Omicron itu.

Subvarian Omicron dominan yang dikesan ialah HK.3 iaitu 26 peratus dan JN.1 sebanyak 49 peratus terutamanya di kawasan Kuching dan Kota Samarahan serta beberapa kes dari Sibu.

Perkara berkenaan didedahkan oleh Laporan Pengawasan Kes Positif Covid-19 terbaharu kepada Timbalan Premier yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Dr David Perera

Baca juga: 'Tak payah peluk cium.’ Doktor ini mohon anak-anak tidak jadi penyebar Covid-19, lindungi ibu ayah

Apakah gejala Subvarian Omicron Covid-19 HK.3 dan JN.1 ini? Berikut 10 info anda perlu tahu:

1-Subvarian Omicron JN.1 meningkatkan kebolehjangkitan dan menurunkan imunisasi badan dengan pelbagai mutasi baharu, telah membawa lonjakan kes Covid-19 di seluruh dunia.

2-Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), ia mula dikenal pasti di Luxembourg dan kemudian merebak ke Britain, Iceland, Perancis dan Amerika Syarikat (AS).

3-Subvarian itu pertama kali direkodkan di AS pada September tahun ini dan merebak dengan pantas hingga kini menjadi 1/3 kepada semua kes positif di negara itu.

4-Menurut CDC, peningkatan itu menunjukkan bahawa JN.1 mungkin lebih mudah menular dan lebih tinggi potensi untuk melepasi sistem imun manusia.

5- Agensi itu meramalkan JN.1 akan terus menular menjadi sebahagian daripada jujukan genom SARS-CoV-2.

6-Negara-negara Eropah termasuk Denmark, Sepanyol, Belgium, Perancis dan Belanda menyaksikan pertumbuhan eksponen melibatkan kes JN.1, disertai peningkatan kemasukan ke hospital.

7-Varian terbabit turut merebak dengan pantas di Australia, Asia dan Kanada.

8-Pada masa ini, tiada bukti bahawa JN.1 menyebabkan risiko kesihatan awam berbanding varian lain yang sedang menular, menurut CDC.

9-Antara gejala jangkitan Omicron JN.1 ialah demam , selesema dengan hidung berair atau hidung tersumbat, batuk, sakit tekak, sakit kepala, cirit-birit, sakit badan dan keletihan.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

10-. Sesetengah individu dijangkiti Omicron JN.1 mungkin mengalami sesak nafas ringan sekali-sekala. Namun ada juga yang mengalami sesak nafas teruk hingga memerlukan rawatan segera.

Baca juga: Letih waktu pagi, rambut gugur, saintis dedah 4 tanda baru Covid-19, Long Covid

Baca juga: KKM saran individu bergejala tapi negatif Covid-19 kerja dari rumah, mohon majikan terima sijil digital HSO

Baca juga: 'Tiada PKP.' Lebih 20,000 kes baharu, 28 kematian, KKM sedia hadapi gelombang Covid-19. 5 info ubat antiviral Paxlovid

Subvarian ini berisiko bagi warga emas dan individu yang lemah imuniti badan.

Nampaknya, simptom tersebut hampir sama dengan demam biasa atau jangkitan pernafasan lain seperti selesema.

Baru-baru ini subvarian EG.5 dilaporkan menular di China, Jepun, Korea Selatan. Ambil langkah-langkah

Sama ada Covid-19 subvarian Omicron JN.1, HK.3 atau mana-mana varian lain, jangan lupa dapatkan rawatan segera jika anda dijangkiti.

APA PERLU BUAT JIKA JADI KONTAK RAPAT?

1-Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga meminta semua majikan di negara ini agar menerima pakai Sijil Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) bagi individu positif Covid-19.

2-Pesakit Covid-19 perlu menjalani HSO selama lima hari, berkuat kuasa dari tarikh bermula gejala.

3-Majikan juga amat digalakkan untuk membenarkan pekerja yang bergejala tetapi keputusan ujian Covid-19 negatif, untuk bekerja dari rumah.

4-Individu yang diberi digital HSO perlu melakukan tangkap layar paparan skrin untuk makluman pihak majikan, selain dinasihatkan untuk melaporkan status Covid-19 dengan jujur.

Walaupun simptom nampak ringan, jangan ambil mudah dan rasa selesa ya. Sementelah baru-baru ini 28 kematian dicatatkan hingga 16 Disember.

Justeru, kepada golongan berisiko tinggi seperti individu berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai daya tahan badan yang rendah, memiliki apa-apa komorbid, obes, perokok atau bekas perokok, ambil ubat antiviral Paxlovid. #kitajagakita

Sumber: Astro Awani 1, 2, Hindustan Times

Kredit foto utama: Pexels 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca