WABAK Covid-19 yang melanda negara sedikit sebanyak memberi perubahan kepada gaya hidup rakyat.
Masakan tidak, hampir setiap hari masyarakat berwaspada menjaga kebersihan diri sehinggalah ada prosedur standard operasi (SOP) hanya untuk membeli barangan dapur semata-mata.
Bayangkan selepas pulang dari pasar raya, semua barangan perlu dijemur terlebih dahulu dan si ketua keluarga perlu membersihkan diri di luar sebelum masuk ke dalam rumah.
Nah! Melihat situasi itu, Sinar Plus kumpulkan idea menarik yang dikongsi decorexpro.com demi mewujudkan tempat mandi yang praktikal di luar rumah.
Jadi, lepas ini tak perlu segan silu membersihkan diri di ruang parkir kereta atau sudut penjuru pagar rumah selepas pulang dari pasar raya, klinik atau tempat kerja.