BAGI anda yang mengikuti drama bersiri Lelaki itu, isu sumbang mahram yang dipaparkan mendapat reaksi pelbagai pihak.

Lebih kronik lagi apabila sang isteri disahkan mengandung. Justeru, segelintir tertanya-tanya apakah status perkahwinan mereka dan bagaimana pula dengan anak dalam kandungan tersebut, adakah perlu digugurkan atau diteruskan sehingga melahirkan.

Apa hukumnya gugurkan kandungan hasil daripada perkahwinan adik beradik? Dalam Islam, apakah solusi terbaik untuk situasi ini?

Dalam satu hantaran di media sosial oleh Pensyarah Di Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Sains Islam  Malaysia, Ustaz Ahmad Kamil Jamilin, beliau berkongsi pandangan mengenai isu berkenaan.

“Sumbang mahram, walaupun perit untuk kita sentuh isu ini, namun inilah realiti dalam masyarakat yang banyak beri kesan negatif. Kadang-kadang berpunca daripada zina, suka sama suka ataupun rogol. Atau boleh jadi juga tak sengaja terkahwin. Tak tahu mereka mahram atau adik-beradik misalnya apabila bapa mereka berpoligami secara senyap-senyap.

Baca  ni 7 rangka bayi bongkar sumbang mahram bapa & anak, dikuburkan hidup-hidup lepas lahir, disyaki berkaitan amalan kedukunan

lelaki itu 1“Senario terburuk apabila sampai mengandungkan anak barulah rasa menyesal, malu yang amat, risau masa depan, kemurungan dan sebagainya,” ujar beliau yang dikenali sebagai Dr Kamilin Jamilin.

Justeru, ramai tertanya-tanya bolehkah gugurkan kandungan sumbang mahram itu?

“Ringkas cerita, majoriti ulama kata, kalau kandungan belum cecah empat bulan atau 120 hari harus gugur kalau ada asbab munasabah dan tak memudaratkan si ibu.

Baca juga ‘Sudah sebulan bayi tak bernyawa…’- Gembira bakal bergelar ibu bertukar duka, Hannah Delisha kongsi cerita keguguran

Lelaki itu 3“Pun begitu, jika mencecah empat bulan atau lebih haram untuk gugurkan kerana janin itu sudah dikira bernyawa. Melainkan ada asbab betul-betul mendesak macam sampai membahayakan atau memudaratkan nyawa si ibu.

lelaki itu 2“Tetapi ingat, anak hasil sumbang haram itu tak dinasab atau dibin atau dibintikan si ayah yang menyebabkan kelahirannya,” ujar pakar itu lagi.

Iklan

Tegas beliau, sumbang mahram adalah jenayah yang sangat berat, justeru jangan ditambah lagi dengan  jenayah lain yang lagi besar dosanya dengan membunuh nyawa dalam kandungan yang tidak bersalah.

“Cuma kalau kes terkahwin mahram tanpa sengaja, kalau ada anak yang lahir tidaklah sampai dianggap tak sah taraf.  Namun, anak itu dalam kategori anak hasil persetubuhan yang diragui atau persetubuhan syubhah.

lelaki itu 2“Zuriat  tersebut juga tidak sama dengan anak zina atau anak tak sah taraf kerana anak itu masih boleh dibin atau dibintikan kepada ayahnya sama seperti anak sah taraf. Cuma mak dan ayah itu harus dipisahkan dan perkahwinan mereka perlu dibubarkan sebab asal pernikahan mereka tidak sah,” ujarnya lagi.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!