Jasad ditemui, isteri reda Konstabel Iskandar sudah tiada, pencarian 9 hari berakhir. ‘Pada Jumaat yang suci kamu datang...’

A
A
A

SEDIH dan pilu menyaksikan cinta hati pergi buat selama-lamanya, namun usahawan wanita, Anis Nur Ezzati, reda suami, Konstabel Iskandar Ibrahim, 28, yang dinantikan selama sembilan hari pulang ke pangkuan dalam keadaan tidak bernyawa.

Berkongsi berita duka itu di laman sosial Facebook, Anis pasrah dengan ketentuan ALLAH dan menyatakan kesyukuran akhirnya insan yang ditunggu berada di depan mata.

“Alhamdulillah, Allahuakbar. Al-Fatihah suami sayang Iskandar Ibrahim. Pada bulan yang mulia, Jumaat yang suci kamu datang menemuiku.

“Sungguh cantik sempurna jasadmu wahai suami. Putih bersih, ibarat kain putih tiada sedikit cela pada tubuhnya. Sungguh aku cemburu dengan pemergianmu.

“Aku yakin syurgalah tempatmu wahai syurgaku. Aku reda dan ikhlas dengan pemergianmu,” titipnya.

Baca juga: 'Sayang akan tunggu, tolong doakan syurga saya.' Isteri pilu suami belum ditemukan, anggota polis mangsa bot karam di Kapit

Hampir dua tahun berkongsi hidup sebagai suami isteri, Anis meluahkan arwah telah menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sebaiknya.

“Terima kasih kerana sudah menjadi suami yang terbaik. Selama bergelar suami, sayang halalkan semuanya.

“Tenanglah di sana syurgaku. Sampai masa aku juga akan menyusul.

“Semoga ALLAH menempatkanmu dalam kalangan orang-orang yang soleh di sisi-NYA,” ujar Anis.

Berkongsi maklumat pengebumian suaminya, Anis berkata jenazah arwah akan disemadikan di Sibu, Sarawak.

Baca juga: Gugurnya wira negara, Lans Koperal Mohamad Azrin lemas ketika latihan, berikut kronologi kejadian

Baca juga: ‘Terima kasih akak polis.’ Warganet sebak Lans Koperal Siti Sarah mandikan anak tahanan autisme, sayu terbayang zuriat sendiri

Keputusan itu dicapai selepas perbincangan dengan ahli keluarga dan faktor prosedur yang mungkin akan mengambil masa. Bagaikan sudah tahu ajal di Bumi Kenyalang, si isteri berkata Iskandar pernah menyatakan hasrat untuk mencurahkan bakti lebih lama di sana.

“Bagi yang bertanya tentang pengurusan jenazah, arwah suami akan dikebumikan di Sibu. Saya memohon maaf kepada kawan-kawan yang ingin melihat arwah buat kali terakhir.

"Mayat Iskandar Zulkarnain ditemukan lengkap berpakaian polis di kawasan Seputin, Sungai Batang Rajang, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada jam 11.30 pagi Jumaat," katanya.

Baca juga: Perginya Wira Merah terperangkap arus banjir, tinggalkan balu, 4 anak

Baca juga: “Bintangku tinggi di atas…”Status terakhir FB Kapten Affendi Bustamy jadi perhatian, terima anugerah seminggu sebelum terkorban

DITEMUI ORANG AWAM

Iskandar merupakan mangsa terakhir ditemukan dalam tragedi yang turut meragut nyawa seorang lagi rakan setugasnya, Sarjan Jonathan Lambert dan dua orang awam yang menaiki bot berkenaan, yang karam ketika menempuh pusaran air di Sungai Batang Baleh kira-kira pukul 5 petang 7 Mac lepas.

"Mayat Iskandar yang masih lengkap berpakaian seragam polis ditemukan di kawasan Seputin, Sungai Batang Rajang kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada 11.30 pagi," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit Timoty Barat.

Menurutnya, seorang guru bersama beberapa penumpang lain menaiki perahu dalam perjalanan balik dari Sekolah Kebangsaan Pelagus ke Kapit ternampak mayat terapung di permukaan sungai dan bertindak menghubungi pihak Bomba Kapit.

Sebaik menerima makluman tersebut, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bergegas ke lokasi yang dilaporkan dan mengesahkan mayat yang terapung itu adalah mayat mangsa terakhir tragedi bot karam berkenaan.

Mayat berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya oleh Ketua Polis Daerah Kapit.

Baca juga: ‘Terbaik abang polis!” Polis trafik kendong warga emas pengsan tepi jalan, warganet tersentuh

ANGGOTA BERINTEGRITI

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha berkata, Polis Kontinjen Sarawak sedih dengan pemergian Allahyarham Iskandar serta seorang lagi anggota, mendiang Sarjan Jonathan Lambet yang bersungguh-sungguh dan berintegriti dalam menjalankan tugas.

"Kami amat sedih atas kehilangan dua anggota sekali gus dalam insiden bot karam ketika mengiringi bahan letupan bagi membina projek jalan akses ke Empangan Hidro Elektrik Baleh.

"Saya mewakili warga Polis Kontinjen Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan mendiang," katanya.

Warga maya pelbagai kaum dan agama yang mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam itu menyampaikan ucapan takziah kepada Anis dan keluarga.

Salam takziah daripada SinarPlus, al-Fatihah.

Sumber: Facebook Anis Nur Ezzati, Bernama, PDRM, Balai Bomba Dan Penyelamat Kapit 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca