Jika tak mahu mulut berbau petai, boleh cuba kunyah terung

A
A
A

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

MUNGKIN ada yang tidak suka dengan petai kerana baunya yang sedikit 'tajam'. Memang sedapnya dapat makan sambal petai. Masak dengan udang atau ikan bilis, memang makan bertambah-tambah.

Hanya pencinta petai sahaja yang tahu betapa nikmatnya dapat makan petai. Selalunya selepas makan petai, kita tentu akan berasa kurang selesa. Hendak bercakap pun rasa takut-takut mulut berbau petai.

Baca juga: Gelagat murid bawa bekal petai ke sekolah sebagai sarapan raih perhatian. Siap kongsi dengan kawan-kawan. Memang rare!

Melalui perkongsian Wawa Idris yang merupakan seorang perunding imej, wanita ini berkongsi tip bagaimana untuk menghilangkan bau petai selepas menikmati hidangan menu berasaskan petai.

1.Selepas memakan petai, cubalah untuk mengunyah terung yang dihiris nipis. Sama ada mengunyah sahaja terung itu atau ditelan, terpulanglah pada anda.

2. Letakkan beberapa hirisan terung di dalam tandas. Ia mampu menghilangkan bau petai yang ‘kuat’ di dalam tandas anda.

Ramai menganggap petai sebagai makanan yang paling busuk tanpa mengetahui manfaat sebenar petai kepada kesihatan dan juga kecantikan. Makanan ini sering dielakkan kerana ia mempunyai kesan sampingan pada nafas berbau dan air kencing.

Baca juga: Abaikan soal bau! Petai mampu mencegah masalah kemurungan.

Kredit foto: Unsplash

Pernah tertanya-tanya mengapa petai menyebabkan bau yang busuk? Sebenarnya petai mengandungi tiga gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa.

Berikut enam khasiat makan petai:

1.AWET MUDA

Orang asli percaya bahawa makan petai membuatkan seseorang wanita itu tampak lebih muda. Tidak perlulah beli ubat mahal-mahal, makan petai sahaja sudah cukup. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit selain memastikan kesegaran tubuh.

2. MENGHILANGKAN SEMBELIT

Petai juga dapat mengatasi masalah sembelit ini kerana petai mengandungi tinggi serat dan boleh membantu penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar. Serat dan fiber dalam petai mampu menstabilkan sistem pencernaan selain mengelakkan terjadinya sembelit, sakit perut, dan perut berangin.

3.BOLEH MENURUNKAN BERAT BADAN

Melalui satu kajian yang dilakukan oleh pihak Institut Psikologi di Austria, didapati bahawa tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan berlebihan. Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi. Dengan cara itu kita dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Baca juga: 3 jenis sambal petai membuka selera. Walau berbau kuat, jadi pujaan ramai

4.MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Daripada sudut kesihatan pula, kandungan kalium dalam petai baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko strok. US Food and Drug Administration telah menyenaraikan petai sebagai sumber makanan yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.

5.MENGAWAL SINDROM PMS (SINDROM PRA-HAID)

Waktu pms inilah ramai wanita moody. Apa kata anda makan petai. Vitamin B6 yang terkandung dalam petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah. Ia membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom pra haid.

6. MENCEGAH KEMURUNGAN/STRES

Petai mengandungi tryptophan, sebatian protein yang dikonversi menjadi serotonin. Mendapatkan serotonin dapat meredakan seseorang, meningkatkan mood, dan menjadikan seseorang lebih bahagia untuk mengelakkan kemurungan.

Baca juga: [VIDEO]Rasa cikedis kot-Ramai terpegun lihat aksi kanak-kanak ratah petai

Sumber kredit: wawaidrisofficial/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, InstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca