PERNAHKAH anda sebagai ibu bapa melakukan aktiviti wheelbarrow walk bersama anak-anak? Kalau pernah, ia bagus sangat tau!

Ia diakui oleh Jurupulih Cara Kerja, GymCademy, Melaka, Siti ‘Aisyah Rozalli yang mengatakan wheelbarrow walk itu merupakan antara pilihan aktiviti yang dekat sangat pada hati para occupational therapist

Namun, jika ibu bapa tidak pernah melakukannya, bolehlah mencuba aktiviti itu di rumah dengan anak-anak yang seawal usia dua tahun.

Berikut beberapa kelebihan yang boleh didapati apabila melakukan aktiviti wheelbarrow walk seperti yang ditulis Siti Aisyah menerusi laman Facebooknya:

1. Meningkatkan kemahiran sosial (komunikasi).

  • Semasa kita mengajak anak membuat aktiviti itu dan pada waktu tersebut mereka akan memberitahu arah (jalan) yang ingin ditujui. Dari situlah kemahiran sosial tercetus dengan sangat bagusnya.

2. Tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah.

  • Semasa anak-anak melaraskan tangan dan badan supaya sampai ke destinasi sambil berjalan seperti gaya tersebut, mereka akan membuat perancangan dalam otak.

“Lazimnya, tindakan itu dipanggil sebagai motor planning. Pada masa itu, sel-sel otak anak memang berhubung aktif. Tak payah susu mahal tau!” ujarnya.

3. Tingkat kekuatan otot.

  • Anak-anak akan menampung berat badan mereka dengan menggunakan tangan dan otot-otot utama (core muscles) yang memainkan peranan untuk duduk lebih lama di atas kerusi semasa belajar selain dapat mengaktifkan juga otot menulis.

4. Rangsangan sensori.

  • Bukan setakat sensori sentuhan dari lantai, sensori mata, pendengaran, sensori pergerakan anak semuanya aktif semasa wheelbarrow walk dilakukan. Sensori yang aktif adalah penting untuk anak boleh belajar kemahiran dengan baik.

5. Fokus mata meningkat.

Iklan
  • Semasa anak membuat wheelbarrow walk, terdapat satu elemen yang dikenali sebagai oculo-vestibular yang akan sangat aktif.
  • Sebenarnya, ocula-vestibular yang akan mempengaruhi keseimbangan kepala dan mata fokus anak-anak ketika kepala bergerak.

“Ini penting untuk anak kita boleh menyalin daripada papan hitam dengan baik nanti,” katanya.

Namun, pesannya, teknik yang betul semasa bermain perlu betul.

“Caranya, ibu bapa tidak boleh berdiri tegak, sebaliknya perlu berjalan melutut dan pastikan kaki anak melebih kurang 90 darjah,” tambah beliau.

Jadi, buat ibu bapa di luar sana, bolehlah mencuba melakukan aktiviti itu bersama anak-anak di rumah apabila tiba waktu beriadah nanti.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Foto: themotorstory.org/