'Lambaian penuh makna...' Hantaran Facebook kru Skuadron 503 meruntun hati warga maya

A
A
A

SEOLAH-olah tahu akan pergi buat selama-selamanya, hantaran laman sosial Facebook Skuadron 503 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meruntun hati ramai.

Tular di laman sosial foto memaparkan beberapa orang kru melambai dua buah pesawat HOM AW139 yang berlepas dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah pada 19 April lalu.

"Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal.

"Selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min (pentadbir) masih mampu bersangka baik," titipnya.

Difahamkan, Skuadron 503 menghantar dua buah pesawat bersama sembilan kru udara dan 11 orang juruteknik pesawat ke Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Baca juga: Terjunam selepas berlanggar di udara, 2 helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak

Baca juga: 'Berbahagialah, aku tidak akan mengganggu lag...' Seperti satu petanda, status WhatsApp milik juruterbang helikopter bertembung di Lumut tular

Baca juga: 8 tragedi helikopter terhempas pernah menggemparkan Malaysia

Ia bagi menyertai Lintas Hormat sempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada 27 April 2024 dan demonstrasi udara pada Hari Terbuka Armada pada 3 hingga 5 Mei 2024 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

"Marilah sama-sama mendoakan agar urusan penerbangan dan perjalanan mereka dipermudahkan serta selamat sampai ke destinasi," titip pentadbir.

Baca juga: Suami sepupu Eyra Hazali salah seorang korban helikopter bertembung di TLDM Lumut

Baca juga: Terkorban nahas helikopter, warganet sayu melihat dua anak kecil Joanna Felicia. 'Jasamu akan dikenang wirawati negara'

Baca juga: 'Kawan ma suruh ambil adik. Ma sudah tiada...' Perkongsian anak mangsa nahas helikopter TLDM undang sebak

Baca juga:‘Last dah,takut tak dan.’ Ajak bergambar, nasi berlaukkan ikan masin & telur, permintaan terakhir mangsa nahas helikopter kepada kakak

Warganet tidak dapat menahan pilu meluahkan perasaan sedih susulan perkongsian viral terbabit. Ujar mereka:

"Lambaian terakhir mereka, jatuh air jantan melihat gambar mereka. Salam takziah dan al-Fatihah buat kru yang terhempas," kongsi Mohamad Taufik.

"Ya ALLAH, suasana sunyi skuadron nanti. Salam takziah untuk semua yang terlibat," kata Muhd Safarani.

"Salam takziah. Bertepatan dengan apa admin tulis. Lambaian terakhir...." titip pengguna facebook Kek Dari Nazlin.

"Salam takziah pada waris keluarga mangsa, warga 503 dan 502, serta seluruh warga Navy People atas suatu kehilangan yang amat besar tanahair ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," tulis Kamarul Azizi.

Baca juga: Leftenan T Sivasutan mangsa nahas helikopter, baharu tiga bulan mendirikan rumah tangga. 'Abang sangat baik, minat TLDM;

Baca juga: Terhempas sekelip mata, hangus terbakar, berikut 5 tragedi pesawat menyayat hati

Baca juga: Balik bertugas, doktor wanita, jururawat terlibat insiden helikopter terhempas, berikut kronologi kejadian

RAPTAI KALI KETIGA

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas ketika sedang menjalani raptai untuk kali ketiga bersempena dengan sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.

Mangsa terlibat sudah dikenal pasti yang berusia bawah 40 tahun dan mayat dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Lumut untuk proses selanjutnya.

Ujarnya, pihak TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Bagi pihak Kementerian Pertahanan (Mindef) dan saya sendiri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dengan perasaan dukacita kejadian ini berlaku semasa latihan raptai untuk persiapan acara berkenaan," katanya yang akan ke lokasi kejadian bagi meninjau keadaan dan mendapatkan laporan penuh berhubung insiden terbabit.

HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Berikut adalah senarai mangsa yang terlibat:

Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139)

1-Komander Muhammad Firdaus Ramli (Pegawai Memerintah Skuadron 503)

2-Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

3-Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

4-Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun

5-Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy

6-Bintara Muda TNL Noor Rahiza binti Anuar (penumpang)

7-Laskar Kanan I JJM Joanna Felicia anak Rohna

Fennec TLDM

8-Komander Muhamad Amir Mohamad

9-Leftanen T Sivasutan

10-Pegawai Waran Mohd Shahrizan Mohd Termizi

Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat, al-Fatihah.

Sumber: Skuadron 503, Facebook, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca