'Mama pergi mana?' Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati
![Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian (1)](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2024/04/Pertanyaan-anak-mangsa-nahas-TLDM-Joanna-Felicia-saat-pengebumian-1.jpg)
![Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian (2)](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2024/04/Pertanyaan-anak-mangsa-nahas-TLDM-Joanna-Felicia-saat-pengebumian-2.jpg)
![Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian (3)](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2024/04/Pertanyaan-anak-mangsa-nahas-TLDM-Joanna-Felicia-saat-pengebumian-3.jpg)
'MAMA pergi mana?"
Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang berusia empat tahun ketika upacara pengebumian Laskar Kanan Tentera Luat Diraja Malaysia (TLDM) itu di Kampung Engkaroh, Tebakang, Serian, Sarawak.
Tular di laman sosial TikTok suasana pilu menyelubungi pekarangan kediaman mendiang Joanna tatkala permata sulung itu memanggil ibunya dengan sayu.
“Mummy irak gepih (mama pergi ke mana)?," kata anak sulung mendiang Joanna dalam bahasa Bidayuh sebaik melihat keranda ibunya diusung.
Allesia yang didukung bapa, Bintara Muda TMK, Haslie Ali, 33, dilihat turut melambat ke arah keranda bonda tercinta berulang kali ketika anggota TLDM dimasukkannya van jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan.
Baca juga: ‘Berbahagialah, aku tidak akan mengganggu lag…‘ Seperti satu petanda, status WhatsApp milik juruterbang helikopter bertembung di Lumut tular
![](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2024/04/Pertanyaan-anak-mangsa-nahas-TLDM-Joanna-Felicia-saat-pengebumian-2.jpg)
Baca juga: 'Pergilah abang, sayang dah reda. Lepas ni dah tak dengar abang cakap terima kasih'- Siti Aisyah
Semasa acara pengebumian, gerak-geri Allesia yang seolah-olah tercari sosok ibunya terus mengundang sebak.
Ketika upacara doa, gelagat Allesia terus membuatkan ramai yang hadir sebak apabila berulang kali memanggil 'mami' sambil berjalan berdekatan keranda.
Malah beberapa kali bapanya dilihat menjelaskan sesuatu dan tidak dapat menahan air mata ketika dia memeluk anak perempuan mereka.
Selain Allesia, Joanna juga mempunyai seorang anak lelaki, Hovannes Haslie, yang berusia setahun.
Si kecil itu hanya mendiamkan diri ketika didukung oleh anggota TLDM wanita sepanjang upacara pengebumian itu.
Baca juga: Terjunam selepas berlanggar di udara, 2 helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak
Baca juga: ‘Lambaian penuh makna…’ Hantaran Facebook kru Skuadron 503 meruntun hati warga maya
Baca juga: Baca juga: Suami sepupu Eyra Hazali salah seorang korban helikopter bertembung di TLDM Lumut
![](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2024/04/Pertanyaan-anak-mangsa-nahas-TLDM-Joanna-Felicia-saat-pengebumian-3.jpg)
Dalam temuramah dengan Suara Sarawak, suami Joanna, Haslie menyatakan mendiang isteri yang baik. Malah lelaki itu pasti akan merindui air tangan isterinya
"Dia sentiasa bersama dalam susah payah membesarkan anak-anak. Mendiang seorang yang baik, sabar dan penyayang," katanya.
Jasad mendiang Joanna terdahulu diterbangkan dari Ipoh dengan pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Pangkalan Udara Kuching.
Sejurus tiba, jasad mendiang dibawa ke rumah keluarga suaminya di Kampung Engkaroh.
Selain Joanna, enam lagi anggota dan pegawai yang menaiki Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) ketika menjalani raptai untuk kali ketiga bersempena dengan sambutan Hari Terbuka Armada TLDM terkorban.
Manakala tiga lagi ialah mangsa menaiki Fennec (M502-6) pula ialah Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Sivasutan Thanjappan dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang