PERKONGSIAN Fazeera Nazri yang merupakan permaisuri hati pelakon dan usahawan, Fizo Omar membuatkan ramai teruja.

Manakan tidaknya, sejak berumur 11 tahun lagi, wanita kecil molek itu sudah menyimpan perasaan suka kepada aktor berkenaan.

Benarlah juga ungkapan yang mengatakan, kalau jodoh takkan ke mana. Siapa sangka daripada crush kini bergelar suami.

Momen tersebut dikongsikan ibu kepada dua orang cahaya mata menerusi satu pgrogram Borak Dalam Gallery Raya yang dihoskan oleh Zarul Umrella.

Baca ni Fizo Omar tamatkan zaman duda, selamat berkahwin bekas pramugari

fazeera

Suasana riuh-rendah dengan gelak tawa pramugari dan pramugara yang turut hadir apabila melihat gelagat dan reaksinya bercerita kembali momen bertemu dengan suaminya.

Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah gelagat dan reaksi yang ditunjukkan Fazeera tatkala berkongsi hal tersebut.

Beliau yang sebelum ini cukup lemah-lembut, namun menerusi program tersebut, beliau seolah-olah ‘lepas geram’. Aksinya cukup ceria dan sedikit ‘hyper’ daripada kebiasaan.

Baca juga Teruja bakal sambut anak ketiga ‘kembar tahun,’ Fizo Omar hint nak tambah lagi, warganet titip nasihat, doakan selamat

 

fizo

“Waktu sekolah rendah, selalu tengok pelakon dalam tv seperti Fahrin Ahmad, Fizo Omar, Aaron Aziz dan sebagainya. Waktu itu nampak Fizo dapat anugerah dan terus cakap hebatnya dia ni, dah lah hensem. Waktu itu umur saya 11 tahun.

“Apabila umur 18 tahun selepas SPM, saya pernah bekerja di sebuah kedai baju selama dua bulan. Saya tengok orang riuh-rendah nak pergi ke satu dewan dalam mall itu. Saya pun pergi dan nampak ramai orang mengerumuninya.

“Saya tengok YA ALLAH, Fizo Omar. Masa tu zaman Wechat dan sumpah saya masih simpan rakaman video tu. Saya ambil video dalam wechat ‘my crush hati, ada love’,” ujarnya sambil disambut tawa ramai.

Baca juga Isteri selamat bersalin, Fizo Omar kini ada dua puteri

Bertukar-tukar kad

Bekas pramugari itu mengakui, pertama kali bersua muka ketika jejaka yang diminatinya itu menaiki penerbangan Qatar Airways.

“Masa saya di Qatar, saya check boarding pass dan nampak nama beliau (Fizo). Waktu itu memang berdebar dan minta kebenaran nak bergambar bersama. Fizo okay dan waktu landing beliau orang terakhir turun.

“Kami bertukar-tukar kad dan bertukar contact number. Sebab itu ada pepatah mengatakan, tidak apa kita bercita-cita tinggi, usaha pun kena tinggi,” ujarnya sambil tertawa.

Baca lagi Si comel berlesung pipit pelengkap cinta Fizo & isteri, Wan Umaira ‘kembar tahun’ Wan Khaleeda

fizo omar

fizo omar 1

Luahan isi hati Fazeera itu mengundang perhatian ramai. Bahkan, ada yang mengakui cukupt terhibur melihat gelagatnya itu.

‘pernah dgr faz crita dulu dia mmg crush fizo dr muda tapi dia redho je bila fizo kawin n x kacau pun. then rezeki dia la fizo single balik.’

Iklan

‘Macam lisa surihani juga, tak sangka dapat kahwin dengan Yusry KRU.’

‘kiranya mmg peminat Fizo Omar..& berjodoh akhirnya..Alhamdulillah..’

‘excited betul dia citer pasal husband.minat giler.’

‘First time nampak dia hyper. Sebelum ni soft gila.’

‘Itulah jodoh namanya..DIA pun xsangka Akan kahwin dengan fizo.’

‘Terang die bercerita. penuh semangat. Bestnya kawen dengan crush.’

‘The real situation if girl cerita tentang crush. Excited lain macam.’

‘Bila perempuan sembang pasal crush. Semangat dia lain maciam ye. Hahaha. Nasib Impian jadi Kenyataan.’

Iklan

‘Comel nya cara cik Faz cerita mcm mana dia kenal suami.’

Sumber: TikTok Zarul Umrella 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!