MYAirline gantung operasi bermula 12 Oktober susulan masalah kewangan, 10 info perlu tahu

A
A
A

SYARIKAT penerbangan MYAirline mengumumkan penggantungan operasi berkuat kuasa 12 Oktober 2023.

Ia akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Berikut 10 info berkaitan penggantungan operasi syarikat penerbangan tambang murah berkenaan:

1-Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, MYAirline yang diasaskan pada 2021 mengambil keputusan sukar susulan tekanan kewangan.

2-Tidak hanya itu, ia menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat penerbangan itu.

Kredit foto: Facebook MYAirline

3-Lembaga Pengarah, MYAirline menyatakan kekesalan dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan berkenaan.

4-"Kami memahami kesannya terhadap penumpang setia, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi. Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai perkongsian dan pilihan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini. Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada alternatif selain mengambil keputusan ini."

5-Sementara itu, pihaknya menasihatkan penumpang yang terjejas supaya tidak pergi ke lapangan terbang dan mencari alternatif ke destinasi mereka.

6-Katanya, Lembaga Pengarah, pemegang saham dan kami semua di MYAirline akan bekerja tanpa jemu untuk menyambung semula operasi secepat mungkin tetapi pada peringkat ini, tidak dapat komited pada sebarang garis masa.

7-Memahami kesulitan yang mungkin timbul, MYAirline menyatakan komited untuk membantu para pelanggan melalui situasi ini.

Kredit foto: Facebook MYAirline

8-Kepada pelanggan yang terkesan daripada penggantungan MYAirline boleh menghubungi customercare@myairline.my untuk dibantu.

9-Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata MYArline menjelaskan sebarang isu yang dihadapi kepada Kementerian Pengangkutan menerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sebelum agensi berkenaan menyediakan sebarang bantuan.

10-MYAirline sebelum ini dikenali sebagai Z9 Elite Sdn Bhd. Syarikat penerbangan tambang rendah yang beribu pejabat di beribu pejabat di Subang Jaya, Selangor itu memulakan penerbangan sulungnya pada 1 Disember 2022 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Baca juga: Perkara yang boleh dituntut jika ‘flight delay’, isu penerbangan bermasalah Air Asia mohon maaf

Baca juga: Mudah nak travel naik flight lama, ini cara solat dalam kapal terbang

Baca juga: Terbesar di dunia! Kapal Icon of the Seas dilengkapi taman tema, boleh muatkan 7,600 penumpang

Sumber dan foto: Facebook MYAirline

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca