PENTING untuk wanita mengambil berat berkenaan perihal pakaian dalam yang disarung setiap hari.

Buat wanita, pakaian dalam bukanlah hanya sebagai pakaian asas harian. Ia adalah penyokong utama dalam memberikan keselesaan selain dapat menyerlahkan sisi diri yang lebih seksi.

Walau bagaimanapun, mendapatkan pakaian dalam yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah.

Pelbagai aspek perlu diambil kira termasuklah pemilihan material, tahap keselesaan dan juga sokongan yang cukup penting.

Malah, menurut pempengaruh media sosial Dzuriasikim Dzulkefli, pemakaian pakaian dalam yang elok sangat penting.

“Barang kali ada yang merasakan hal ini tidak penting. Tetapi saya sangat berpegang kepada pesanan arwah ibu saya tentang pakaian dalam wanita. Jadi saya juga mengajarkan hal yang serupa buat anak-anak saya,” ujarnya.

Baca juga Tular video warga emas onani sambil cium pakaian dalam wanita, ini kejadiannya

pengundi wanita
Kredit: Foto Freepik

Berikut sembilan perkara yang wanita perlu ambil perhatian terhadap pakaian dalam;

1. Sentiasa pakai pakaian dalam yang baik biarpun kita merasakan tidak ada siapapun yang akan melihat (kerana ia terlindung di bahagian dalam pakaian).

2. Jangan pakai seluar dalam yang sudah berlubang atau longgar getahnya mahupun koyak. Arwah ibu saya berpesan begini.

“Jangan pakai seluar dalam berlubang. Mana tahu apa-apa berlaku tengah jalan, rumah terbakar ke, jatuh ke… tengok-tengok seluar dalam berlubang. Nanti orang kata, tuannya bukan main lawa lagi. Seluar dalam berluban.”

Arwah ibu berpesan dengan bahasa orang tua. Ia bermaksud, sekiranya berlaku kemalangan atau perkara yang tidak dapat dielakkan nanti akan ketahuan juga. Sampai begitu sekali arwah ibu menakutkan kami.

3. Rupanya bukan setakat itu tujuan arwah ibu mendidik kami. Bagi wanita yang sudah berpasangan adalah sangat penting untuk menjaga bab ini. Ia boleh memberi impak kepada hubungan dengan pasangan. Jadi ambil berat tentang hal ini ya.

4. Jangan terkejut, ada banyak wanita yang kelihatan sangat bergaya, tetapi langsung tidak mengambil berat tentang pakaian dalam mereka. Tali bra longgar, celana dalam yang sangat lusuh dan berlubang juga getah yang longgar. Rasanya tidak perlu saya tuliskan.

Iklan

5. Wanita perlu laburkan wang untuk membeli bra yang berkualiti serta baik. Bra harus memberikan ‘support’ atau sokongan yang baik untuk payu dara anda. Jika tidak, ia akan memberikan kesan kepada bentuk payu dara anda – dalam jangka masa panjang nanti.

Baca juga Wanita jika ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, jangan pakai abaya warna terang, sarat hiasan

Gambar fail.

6. Bra yang baik, mungkin agak mahal sedikit harganya. Ia adalah bersesuaian dengan fungsi bra itu sendiri. Namun bra begini juga tidak akan mudah rosak.

7. Jangan segan untuk bertanya kepada ‘promoter’ cara untuk memakai bra atau coli dengan betul. Pastikan anda memakai bra dengan cara yang betul ya. Ajarkan hal yang sama kepada anak-anak perempuan anda.

8. Anda boleh buat carian di YouTube juga untuk melihat cara pemakaian coli dengan betul. Ia mudah. Hanya perlu dipraktikkan dan dijadikan amalan sahaja. Banyak wanita memakai bra sekadar memakai sahaja dan tidak dengan teknik yang betul.

Iklan

9. Mulai hari ini, saya harap sahabat wanita tidak memandang remeh lagi tentang pakaian dalam anda ya. Saya tahu, terlalu banyak perbelanjaan lain yang kaum ibu rasakan lebih perlu. Tetapi keperluan diri juga adalah sama pentingnya.

Sumber: Dzuriasikim Dzulkefli

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.