‘Selamat jalan Blake, terima kasih atas bakti.’ Tewas kerana kanser limfoma, hero K9 sudah tiada
ANJING pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Blake antara yang bertungkus lumus dalam operasi mengesan dan menyelamatkan (SAR) mangsa dalam pelbagai insiden termasuk tragedi tanah runtuh Batang Kali.
Anjing K9 itu membantu pasukan penyelamat di medan pencarian dalam apa jua keadaan termasuk lumpur tebal, lecak mahupun hujan.
Pernah menerima Golden Performance Award atas jasa bakti yang dicurahkan semasa membantu operasi SAR, Blake kini ditidurkan (euthanized) selepas tewas melawan kanser.
Berikut adalah kronologi haiwan itu diumumkan pergi buat selama-lamanya:
1-Pada 14 September, Blake didapati hilang selera makan dan mengalami kelesuan.
2-Pada 15 September, haiwan itu didiagnosis menghidapi kanser limfoma tahap empat dan telah dimasukkan sekali lagi ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mendapatkan perkembangan berkaitan penyakit itu.
3- Sepanjang berada di wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, Blake gagal memberi respon kepada ubat dan rawatan yang telah diberikan oleh pihak veterinar.
4-Kanser yang dikesan pada anjing tersebut juga semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan semakin membesar.
5- Hasil perbincangan bersama Pakar Veterinar, Dr. Nur Alimah Rahman, pihak jabatan telah bersetuju dengan keputusan untuk menidurkan Blake.
6-Ia susulan kesihatan merosot secara mendadak, tiada harapan dipulihkan dan mengelakkan anjing tersebut menderita kesakitan selain mengambil kira kebajikannya.
7-Pada jam 4.38 petang, 18 September 2023, Blake terpaksa ditidurkan (euthanized)
Baca juga: Kanser limfoma boleh ancam nyawa tapi ada rawatan menyembuhkan, ini yang wanita perlu tahu
Blake merupakan anjing baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom dan merupakan perolehan JBPM pada tahun 2017.
Tidak sedikit jasa yang dicurahkan, haiwan itu penyumbang kejayaan operasi pencarian yang dijalankan oleh JBPM di seluruh negara termasuk mengesan mangsa lemas di Kampung Kenangan, Selangor dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Yan, Kedah.
Populariti Blake melonjak selepas terlibat dalam operasi itu. Blake bertungkus lumus dua hari berturut-turut bekerja kecundang selepas didapati keletihan. Pun begitu, anjing disiplin Cadaver itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diberikan rehat.
Kehilangan Blake sudah pastinya dirasai seluruh dan khidmat bakti yang telah disumbangkan sepanjang berkhidmat akan sentiasa dihargai dan dikenang.
Rakyat Malaysia berduka mengetahui kehilangan seekor anjing pengesan yang amat berjasa meluahkan kehilangan dan mengenang khidmat yang pernah dicurahkan.
- “Selamat jalan Blake. Terima kasih atas segala baktimu.”
- “Thank you for your service Blake. We gonna miss you.”
- ” Bye bye Blake. Rest your weary body. Thanks a zillion for your services darling. You're always in our heart.
- “Rakyat Malaysia amat merasai pemergian Blake, terima kasih atas sumbangan dan bakti yang tak penah mengenal erti penat lelah semasa menjalankan tugas. Terima kasih Blake.”
- “Jasa-jasamu tetap dikenang sepanjang, pergilah dengan damai Blake.”
Baca juga: Kanser darah: jangan ambil mudah
Sumber: KPKT
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang