Siap sedia Malaysia bakal hadapi ‘musim sejuk’, 10 fakta wanita perlu tahu
IKLIM negara mempunyai suhu yang hampir seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Namun baru-baru Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengatakan fenomena ‘musim sejuk’ yang dijangka akan berlaku di Malaysia tidak lama lagi.
Jika anda perasan, sejak kebelakangan ini cuaca agak mendung dan hujan menyebabkan suhu pada waktu malam sejuk. Namun adakah ia permulaan kepada ‘musim’ sejuk yang dikatakan MetMalaysia ini?
Baca juga: Musim hujan tiba lagi, waspada serangan asma
Baca juga: Ini sebab kenapa Malaysia lebih sejuk sejak kebelakangan ini, tiada kaitan fenomena Aphelion
Malah suhu dingin apabila purata suhu harian negara dilaporkan antara 22 hingga 30 darjah Celsius.
SinarPlus berkongsi ringkasan info yang wanita perlu tahu mengenai perubahan cuaca ini:
1-Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata fenomena cuaca sejuk itu dijangka berterusan hingga Februari tahun depan.
2-Katanya ia adalah susulan Monsun Timur Lain (MTL) yang melibatkan perubahan angin sejuk dari tanah besar China dan juga pembentukan awan hujan yang berterusan bermula awal November.
2-"Jadi apabila awan hujan banyak, dari segi pancaran matahari agak terlindung yang menyebabkan suhu akan lebih rendah berbanding tempoh masa yang lain,” katanya.
3-Menurut Mohd Hisham suhu terendah berkemungkinan dialami di kawasan tanah rata di pedalaman.
Baca juga: Mandi waktu malam guna air panas atau sejuk, rupanya manfaat berbeza
4- Ia adalah seperti di Kelantan, Pahang dan Perak yang menyebabkan ia lebih sejuk berbanding kawasan lain.
5-”Sebelum ini, suhu di kawasan pedalaman Kuala Krai, Kelantan pernah dicatat antara 17 dan 18 Celsius pada 2014. Jadi, berkemungkinan di kawasan tersebut boleh berlaku lagi (suhu serendah itu),” katanya.
6-Pakar Meteorologi Universiti Malaya Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata angin dari China itu memasuki Malaysia bermula awal November dan boleh menyebabkan suhu serendah 22 darjah Celsius.
7-"Perubahan angin monsun memang akan memberi kesan kepada suhu dan situasi ini akan turut dipengaruhi oleh geografi atau kedudukan sesebuah kawasan, sekiranya berada di tanah tinggi seperti Genting Highlands suhunya lebih sejuk,”katanya.
8- Azizan berkata cuaca dingin yang dirasai oleh rakyat Malaysia kini merupakan kesan peralihan angin MTL yang datang dari arah utara atau dikenali sebagai luruan monsun.
9-"Musim MTL ini memberi kesan kepada jumlah cahaya matahari yang diterima di Malaysia yang berkurang selain mendung dan hujan.
10-"Selain itu faktor sejuk yang dialami adalah berikutan angin Timur Laut yang dibawa dari Siberia,” katanya.
Baca juga: Berkabus, suhu 17 darjah Celcius, situasi terkini buat ramai rindu Cameron Highlands
Diharapkan sebelum tibanya situasi suhu sejuk yang dijangkakan ini, anda yang memiliki masalah kesihatan seperti asma lebih berwaspada.
Hal ini kerana cuaca sejuk boleh menyebabkan saluran pernafasan pesakit asma mudah menjadi sempit.
Sumber: BERNAMA
Kredit foto utama: Pexels, Pixabay
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang