RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke World #QuranHour 2024 yang berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Indah dalam persalinan busana kurung biru, ketibaan Seri Paduka Baginda raja Permaisuri pada 11.45 pagi diiringi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Penasihat Kumpulan Media Karangkraf yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamudin Yaacub.

Baca juga: Graduan universiti terkemuka Oxford, fasih berbahasa Mandarin, Perancis & Itali, 10 fakta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

Baca juga: Tarikh pertabalan simpan kenangan sedih, Raja Zarith Sofiah imbau kemangkatan ayahanda 40 tahun lalu

Keberangkatan baginda adalah kali pertama sempena penganjuran kali kesembilan World #QuranHour dengan tema ‘Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial’.

Acara yang dihadiri kira-kira 4,000 jemaah itu mengangkat surah Al-Jumu’ah sebagai surah pilihan.

Baca juga: Ini sebab pemilihan Surah al-Mulk jadi tema program interaksi dengan al-Quran dan #QuranHour 2021

Baca  juga: ‘Teruja dapat hadir, sangat bermanfaat’ reaksi orang ramai sertai Program World #QuranHour

Bermula tepat jam 12 tengah hari, majlis dibuka dengan bacaan surah Al-Fatihah dan ayat satu hingga lima Surah Al-Baqarah, sebelum diteruskan dengan penerangan sinopsis, bacaan dan tadabbur surah Al-Jumu’ah.

Baca juga: 1 jam pada 30 Ogos, #QuranHour 1443H/2021 bawa formula menyembuh, rawat Malaysia dengan solusi Ilahi

Baca juga: 9 Kelebihan membaca surah Al-Waqiah, rezeki yang tak dijangka adalah sebahagiannya

Jemaah yang hadir turut mendengar Pesan Ulama oleh Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim dan bacaan ikrar Quran diketuai penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Munqiz Mohd Subki.

Iklan

Sebanyak 5,139 hotspot didaftar oleh pelbagai organisasi bagi penganjuran serentak program itu di seluruh negara.

Setakat 3 April, lapan lokasi di enam negara turut berdaftar sebagai hotspot World #QuranHour iaitu Singapura, Brunei, Indonesia, Bangladesh, Thailand dan Arab Saudi.

Program selama sejam itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Oasis yang menjadi penyiar rasmi bagi World #QuranHour, selain lima stesen TV lain iaitu RTM, TV9, TV AlHijrah, Bernama TV dan Astro Awani.

World #QuranHour dianjurkan WUIF dengan Masjid Negara sebagai penaja lokasi, dan antara rakan strategik program ialah USIM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Islamic Tourism Malaysia, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Rumah Ngaji dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Iklan

Antara yang turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.

Sumber: Sinar Harian, Facebook Official Sultan Ibrahim 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!