Tanda kasih buat isteri, suami prihatin hadiahkan caruman SKSSR, 7 info wanita perlu tahu
SEBAGAI tanda kasih buat isteri tersatang, para suami bakal berpeluang menghadiahkan caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
Jika i-Sayang yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan peluang suami membuat pemindahan sukarela sebanyak 2 peratus caruman KWSP kepada akaun isteri, SKSSR pula di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bertujuan mengadakan peruntukan bagi keselamatan sosial kepada suri rumah berinsurans dalam bentuk faedah tertentu, meningkatkan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah.
Baca juga: i-Sayang, i-Lindung bakal dilancar 2022, ini 5 fakta mengenainya
Baca juga: Insurans hayat, penyakit kritikal, ini 10 fakta berkenaan i-Lindung wanita wajib tahu
SKSSR dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. Berikut 10 info berkaitan skim ini;
1-Skim ini adalah sukarela kepada semua suri rumah di Malaysia dan para suami tidak wajib mencarum untuk isteri mereka.
2-Suami hanya wajib membayar caruman untuk isterinya jika memilih untuk berbuat demikian dan perlu memaklumkan kepada Perkeso.
3-Dalam situasi ini, ia boleh menjadi suatu kesalahan kepada suami jika gagal membayar caruman berkenaan. Sabit kesalahan, suami boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Baca juga: Wanita wajib tahu, ada 17 jenis pengeluaran KWSP boleh dibuat sebelum pencen
4-Bagaimanapun, jika pasangan tersebut telah bercerai atau suami terbabit tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmen beliau untuk membayar caruman adalah terbatal.
5-Isteri atau suri rumah tersebut boleh membayar caruman SKSSR secara sukarela atau bayaran caruman tersebut juga boleh dibuat oleh mana-mana pihak ketiga.
6-Bagi suami yang tidak memilih untuk membayar caruman SKSSR untuk isteri atau suri rumah yang tidak mempunyai suami, caruman berkenaan boleh dibayar sendiri oleh wanita tersebut atau pihak ketiga kepada Perkeso.
7-SKSSR di bawah Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang baru dibentangkan di Dewan Rakyat buat kali pertama menyebut suri rumah yang mencarum dalam skim itu berhak mendapat faedah hilang upaya seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal elaun layanan sentiasa, pencen penakat dan faedah pengurusan mayat.
Semakin banyak kemudahan akan tersedia buat kaum Hawa, semoga SKSSR menjadi kenyataan.
Diharapkan perkembangan positif ini membela nasib dan meningkatkan kualiti kehidupan kaum wanita di negara kita khususnya ketika kemelut ekonomi pasca Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.
Baca juga: Suami mahu berpoligami tak perlu kebenaran isteri pertama? Ini penjelasan peguam
Baca juga: Jangan jadi suami yang buat isteri tinggal dalam ‘neraka’
Sumber: Bernama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang