Terhempas sekelip mata, hangus terbakar, berikut 5 tragedi pesawat menyayat hati
TRAGEDI nahas yang melibatkan pesawat terhempas sering kali mengundang air mata sementelah ia mengorbankan nyawa.
Hilang kawalan, meletup dan hangus terbakar, demikian kebanyakan situasi yang berlaku sebelum ia berakhir pilu.
Bersama ini SinarPlus rangkumkan lima nahas tragis melibatkan pesawat yang pernah menjadi perhatian rakyat Malaysia:
1) MH653, Tanjung Kupang, Johor, 1977
Cebisan daging bertaburan, isi perut hangus terbakar, demikian catatan kejadian yang berlaku pada 4 Disember 1977.
Pada pukul 7.21 malam, pesawat MH653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), Pulau Pinang menuju ke ke Lapangan terbang Antarabangsa Subang, Selangor.
Namun, malangnya, pesawat yang membawa 93 penumpang dan tujuh kru itu tidak sampai ke destinasi dan berakhir dengan tragedi menyayat hati.
Tidak lama selepas pesawat berada di udara, menara kawalan LTABL mendapat berita mengejutkan. Juruterbang MH653 memberitahu berlaku situasi mencemaskan apabila sekumpulan pihak tidak dikenali bertindak ganas merampas pesawat tersebut.
Menara kawalan LTABL segera menyediakan landasan untuk pesawat berkenaan mendarat kembali. Setelah arahan diberikan, MH653 dilihat terbang semakin rendah.
Tetapi, belum pun sempat mencecah landasan, tiba-tiba pesawat tersebut kembali terbang tinggi meninggalkan daratan.
Juruterbang MH653 memaklumkan mereka akan meneruskan penerbangan ke Singapura. LTABL terus menghubungi Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura pihak berkuasa Singapura segera memberikan keluluasan untuk mendarat.
Kelibat MH653 tidak muncul dan hilang daripada radar menara kawalan.
Sekitar pukul 8.00 malam, suasana penduduk di daerah Tanjung Kupang di Gelang Patah, Johor, dikejutkan dengan satu bunyi berdesing yang amat kuat.
Mereka terkejut apabila melihat sebuah pesawat besar terbang begitu rendah. Ketinggian pesawat itu berada separas pokok kelapa dan mula hilang kawalan.
Ia berpusing-pusing di udara, sebelum meletup dan jatuh terhempas.
Tragedi menyayat hati itu mengorbankan kesemua 93 penumpang dan tujuh kru penerbangan.
Antara yang terkorban ialah orang-orang kenamaan iaitu Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.
Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D Hoerr dan S.A Naime, seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, Duta Cuba ke Malaysia, Mario dan Garcia serta isteri turut terkorban.
2) China Eastern Airlines, 2022
Pesawat China Eastern Airlines yang terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Guangxi mengorbankan membunuh kesemua 123 penumpang dan sembilan anak kapal.
Pesawat dengan nombor penerbangan MU5735 itu berlepas dari Kunming seperti yang dijadualkan pada 13:15 waktu tempatan dan dalam perjalanan ke Guangzhou namun terhempas menjunam ke kawasan pergunungan berhampiran bandar Wuzhou di kawasan Teng.
Rakaman momen terakhir pesawat China yang memilukan beredar di laman sosial. Ia yang terhempas dengan cara menjunam ke bawah, meletup dan terbakar di kawasan pergunungan.
Tragedi ini menjadi perhatian dunia.
3) MH17 Syarikat Penerbangan Malaysia, 2014
Berlaku pada 17 Julai 2014, Kira-kira jam 11 malam, kisah ini benar-benar meruntun hati rakyat Malaysia.
Penerbangan tersebut berlepas kira-kira jam 12.15 tengah hari waktu tempatan, dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia.
Pesawat itu membawa sejumlah 298 orang, yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Seramai 43 orang daripadanya merupakan warganegara Malaysia termasuklah dua orang bayi.
Pihak Malaysia Airlines turut mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara atau ATC, Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 10.15 malam waktu tempatan, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.
Pada 17 Julai 2014, iaitu beberapa jam selepas pesawat MH17 terhempas, pegawai di Amerika Syarikat dan Ukraine mendakwa pesawat tersebut telah ditembak jatuh di timur Ukraine.
Selepas hampir enam tahun, kes tembakan jatuh pesawat itu akhirnya dibawa ke muka pengadilan di Mahkamah Daerah The Hague, Kompleks Kehakiman Schiphol, Belanda mulai Mac 2020.
Terdapat bukti jelas MH17 ditembak jatuh oleh misil dan ia dilancarkan dari kawasan timur Ukraine yang dikawal puak pemisah pro-Rusia, Republik Rakyat Donetsk (DPR).
Ketiga-tiga tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
4) Pesawat ATR 72, Yeti Airlines 691, Januari 2023
Rakaman video memaparkan detik akhir sebelum kejadian nahas pesawat di Nepal itu menjadi tular yang disifatkan sebagai tragedi terburuk dalam tempoh 30 tahun.
Penerbangan Yeti Airlines 691 dari Kathmandu ke Pokhara itu membawa 68 penumpang bersama empat kru.
Menurut pihak berkuasa, sebanyak kesemua mereka telah terkorban.
panel khas kerajaan yang mengetuai siasatan nahas mendapati enjin pesawat berkenaan hilang punca kuasa ketika cuba mendarat cemas.
Kejadian itu juga disifatkan sebagai nahas udara terburuk dalam tiga dekad di negara kecil Himalaya itu.
Baca juga: Pesawat China dengan 132 penumpang terhempas, 10 fakta berkaitan
5) Boeing 737-500 Sriwijaya Air, 2021
Penerbangan pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air dari Jakarta ke Pontianak terhempas dan terjunam ke dasar laut di perairan Kepulauan Seribu, Indonesia.
Ia membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal itu, terputus hubungan selepas berlepas jam 2.36 petang tidak sampai ke destinasi dan berakhir dengan menyayat hati.
Ia terhempas empat minit selepas berlepas menyebabkan kesemua mangsa terkorban.
Pihak berkuasa Indonesia menemukan titik koordinat lokasi pesawat terhempas dan beberapa kapal Republik Indonesia (KRI) dikerah ke lokasi.
Pasukan Tindakan Kecemasan berjaya menemukan serpihan logam dan cebisan mayat semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Beberapa jaket keselamatan, avtur (bahan bakar turbin penerbangan) dan serpihan pesawat turut ditemui di lokasi kejadian.
Sebahagian bangkai pesawat ditemukan pasukan penyelam tentera Indonesia pada kedalaman 75 kaki di Laut Jawa.
Difahamkan, pesawat Boeing 737-500 yang berusia 27 tahun itu dipercayai berada di lapangan terbang kira-kira sembilan bulan susulan jadual operasi penerbangan terpaksa dikurangkan susulan pandemik Covid-19.
Baca juga: Helikopter terhempas dekat rumah... Sharifah Shahira terkejut ingat tanah runtuh
10 INFO TRAGEDI PESAWAT TERHEMPAS DI ELMINA, SEKYSEN U16, SHAH ALAM
1- Pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas pada jam 2.38 petang itu itu
2- Pesawat jenis jet peribadi itu berkenaan berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) , Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang, namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat.
2- Semasa terhempas pesawat sama dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal, masing-masing direkodkan seorang setiap kenderaan.
3- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mengambil masa hampir 10 minit bagi memadam kebakaran.
4-Kesemua mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat.
5- Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun disahan mangsa yang terkorbanmaut. Selain beliau, mangsa lain yang dikenal pasti, Khairil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki, dan Idris Abdol Talib @Ramali. Dua kru kapal yang juga juruterbang pula dikenal pasti sebagai Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim.
6- Jarak udara kedudukan lokasi terhempas kira-kira 1.5 kilometer LTSAAS.
7- Pesawat tersebut telah merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal.
8- Penumpang kereta dan penunggang motosikal disahkan maut di lokasi kejadian.
9-Penduduk setempat menyaksikan pesawat berkenaan terbang senget sebelum mendengar bunyi dentuman.
10- Difahamkan tragedi ini adalah kedua yang berlaku di kawasan perumahan Elmina selepas 46 tahun. Kejadian pertama melibatkan Japan Airlines Flight 715 pada 27 September 1977 yang mengorbankan 34 orang termasuk 26 penumpang dan lapan anak kapal. Ia terhempas ke sebuah bukit ketika ribut petir di Estet Elmina yang ketika itu masih ladang getah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang