[DIKEMASKINI] DUA buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilapor terhempas di Stadium TLDM di Lumut, Perak pagi tadi.

Menerusi video tular, helikopter berkenaan kelihatan hilang kawalan sebelum menjunam jatuh di kawasan berhampiran.

Berikut info sahih berkaitan kejadian:

1 Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan perkara itu berkata, nahas berlaku pada pukul 9.30 pagi. Beliau pada awalnya menganggarkan 10 hingga 13 mangsa terlibat dalam tragedi itu.

3-Nahas berkenaan berlaku ketika sesi latihan di Stadium TLDM sempena sambutan Hari TLDM yang bakal diadakan pada 25 April hingga 5 Mei ini.

4-Ujarnya, kejadian tersebut disebabkan oleh pelanggaran dari arah belakang sewaktu latihan udara diadakan.

5-Dua buah helikopter milik TLDM jenis M502-6 (FENNEX) terhempas ke dalam kolam renang dan jenis M503-3 (HOM) ke stadium bola sepak.

6-Mohd Yusri berkata, kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) TLDM untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

7-Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, helikopter (AS5530) dinaiki tiga orang dan kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

8-Manakala sebuah lagi helikopter, Phenix (AW1139) dinaiki tujuh mangsa.

9-Kesemua 10 orang mangsa yang terlibat telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Iklan

10-Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melaporkan kedua-dua helikopter berkenaan bertembung ketika sedang melakukan latihan penerbangan.

Sama-sama kita doakan usaha menyelamat dan pengurusan mangsa dipermudah.

Iklan

Sumber: Berita RTM, Astro Awani, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!