SELAMA 25 hari dipenjara, anak kepada aktor Shah Rukh Khan, Aryan Khan, 23, akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin pada Khamis.

Keputusan itu adalah berita yang tidak disangka-sangka setelah Shah Rukh dan isterinya, Gauri berusaha habis-habisan membawa keluar Aryan dari dalam penjara.

Menurut peguamnya, Mukul Muhatgi Shah Rukh dilaporkan menitiskan air mata kegembiraan setelah menerima berita itu.

Foto Shah Rukh yang pertama dirakam selepas menerima berita ikat jamin Aryan diterima mahkamah.

Malah ia umpama hadiah hari lahir awal buat pelakon filem Devdas itu yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-57 pada 2 November depan.

 

Pembebasan anak lelakinya Shah Rukh tidak hanya menggembirakan keluarga malah turut diraikan para peminatnya.

Ratusan peminatnya kelihatan meraikan pembebasan Aryan di hadapan kediaman pelakon itu di Bandra, Mumbai selepas keputusan mahkamah diumumkan.

Penahanan Aryan telah mendominasi tajuk utama media sejak 3 Oktober lalu. Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada Shah Rukh Khan, beberapa personaliti Bollywood tampil mempertahankan Aryan Khan.

Dalam pada itu, susulan pembebasan Aryan, adiknya Suhana Khan berkongsi foto mereka ketika kecil di Instagram.

‘I love you,” titip Suhana.

Iklan

Hantarannya yang menggambarkan terlerainya kerinduan Suhana kepada abangnya itu meraih 440,998 tanda suka .

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhana Khan (@suhanakhan2)


Dalam menempuhi 25 hari penahanan Aryan, keluarga Shah Rukh mendapat sokongan moral daripada rakan artis seperti Hrithik Roshan,Aamir Khan, Amitabh Bachchan, Amjad Khan, Salman Khan dan adiknya Alvira Khan.

Terdahulu, dua kali permohonan ikat jamin Aryan ditolak. Bagaimanapun Aryan dan dua rakannya, Arbaaz Merchant dan model Munmun Dhamecha dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Bombay petang semalam.

Baca juga: Isteri Shah Rukh Khan Larang Tukang Masak Sedia Manisan Hingga Aryan Pulang

Iklan

Baca juga: Sayang Ketagihan Dadah Usia Muda, Menteri Saran Aryan Khan Dihantar Ke Pusat Pemulihan

Baca juga: Bimbang anak tidak berselera di penjara, Shah Rukh Khan minta kebenaran hantar makanan dari rumah

Sumber: Times of India, NDTV, Indian Express