Bapa Zamarul Hisham meninggal dunia selepas jatuh di bilik air

A
A
A

Bapa Zamarul Hisham meninggal dunia selepas jatuh di bilik air

PELAKONZamarul Hisham berkongsi berita duka baru sahaja kehilangan bapa tersayang, Mohamed bin Mohd Zain.

Suami kepada aktres Diana itu meluahkan kesedihan pemergian insan yang dipanggilnya Bak itu.

Apatah lagi apabila mereka baru sahaja bertemu dua hari yang lalu.

Sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, mereka mempunyai hubungan yang cukup rapat.

Baca juga: Zamarul Hisham bukti masih relevan

Aktor berusia 52 tahun itu mengakui ia adalah kehilangan besar buat dirinya sementelah bapanya teman bicara yang menjadi tempat berkongsi cerita.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Tiada lagi teman bicara, teman berkongsi rasa dan pendengar setia.

“Bak, baru dua hari lepas Sham balik kita berbual panjang.

“Ketawa ceria tapi hari ni Bak pergi tinggalkan kami semua.

“Al-Fatihah buat Bak, semoga Bak tenang disana.

“Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” titipnya.

Terdahulu, Diana menerusi hantaran di Insta Story berkongsi keadaan bapa mentuanya yang terjatuh di dalam tandas.

Pelakon itu meluahkan kejayaan dan kebahagian yang dikecapi hari ini adalah berkat doa mentua.

Baca juga: Adam dalam drama ‘Aku Tanpa Cintamu’ memang wujud, ketahui ciri-ciri gangguan personaliti narsistik

“Selamat tinggal bapa mentuaku sayang. Diana rindu tak ada siapa nak call Diana lagi.

“Tiada siapa nak dengar cerita-cerita Diana lagi. Semua Diana cerita dengan Bak. Diana sayang Bak,” titip Diana.

Dalam pada itu, beliau juga berkongsi detik-detik terakhir solat jenazah di Masjid Al-Umm.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi ( Sungai Tangkas), Kajang, Selangor.

Salam takziah daripada kami di SinarPlus. Al-Fatihah.

Baca juga: Wajibkah anak ganti puasa ibu bapa yang sudah meninggal dunia?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca