Diberi peluang jadi bridesmaid BCL, Aishah Sinclair terharu. 'Dia sangat berdikari, baik hati dan penyayang'

A
A
A

PERKAHWINAN kali kedua penyanyi, Bunga Citra Lestari menjadi perhatian ramai. Biarpun mendirikan rumah tangga dengan Tiko Aryawardhana, Bunga atau panggilan ringkasnya BCL tidak melupakan keluarga suami pertamanya, Allahyarham Ashraf Sinclair termasuk adik ipar, Aishah Sinclair yang hadir sebagai bridesmaid.

Pengacara dan penyampai radio itu menzahirkan rasa terharu apabila dilantik sebagai bridesmaid.

"Saya sangat tersentuh apabila @itsmebcl meminta saya menjadi salah seorang bridesmaid. Saya katakan ya dengan segera," ujarnya di Instagram.

Sebagai adik ipar, Aishah meluahkan personaliti penyanyi terkenal Indonesia itu. Berjiwa penyayang, Bunga sering menitip hadiah dan kejutan manis buat keluarga.

"Bunga sangat mudah untuk menyayanginya sepenuh hati. Di mata umum, dia dilihat sebagai seorang wanita berdikari yang kuat. Saya berasa istimewa kerana dapat menyaksikan sisinya yang lain, baik dan penyayang.

"Dia adalah insan di sebalik family trip, hadiah dan kenangan berharga. Terima kasih kerana menjadi diri kamu.

Baca juga: “Awak akan selamanya dihati saya,” BCL sambut ulang tahun perkahwinan di pusara Ashraf Sinclair

Baca juga: Bunga Citra Lestari kini isteri Tiko Aryawardhana. Hanya 100 tetamu, lokasi pernikahan di Bali dikawal ketat

Baca juga: Bakal bernikah di Bali, Bunga Citra Lestari & mentua rupanya berjiran. 6 info bakal suami, Tiko Aryawardhana

Baca juga: Anak BCL pimpin bacaan Yasin di pusara Ashraf Sinclair jadi perhatian, ibu tidak henti titip doa

"Saya gembira kerana dapat memberi kembali pada hari istimewa ini, tidak tergelincir ketika memegang bunga dan jatuh di tangga walaupun ia hampir berlaku!" katanya.

Tidak hanya Aishah, ibu bapanya, Mohamed Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman turut hadir menyerikan majlis.

Menerusi beberapa video tular, Khadijah dan BCL berpelukan selepas majlis pernikahan dan kedua-duanya kelihatan sebak.

Sementara itu, Mohamed Anthoney yang memeluk Tiko selepas sah bergelar suami kepada BCL turut menyentuh hati umum.

Pelantun lagu Cinta Sejati itu terdahulu berkahwin dengan pelakon berasal dari Malaysia, Ashraf Sinclair pada tahun 2008.

Turut hadir ialah adik Ashraf, Adam Sinclair dan isteri, Yuna.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat kegagalan jantung.

Perkahwinan selama lebih 15 tahun dikurniakan seorang cahaya mata tunggal lelaki, Noah Aidan Sinclair pada 22 September 2010.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca