PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya, Ayden Adrean bersempena Hari ibu.

Dalam ucapan berkenaan Ayden, 7, berjanji untuk menjaga ibu dan adiknya apabila dewasa nanti.

Lebih menyentuh hati, anak sulung daripada dua beradik itu turut mengingatkan Bella agar sentiasa menjaga kesihatan apabila bekerja.

Baca juga: Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

Baca juga: ‘Ini jalan terbaik, cinta tak seharusnya memiliki.’Bella Astillah nekad berpisah dengan Aliff Aziz

Baca juga: Video ibu Bella Astillah runtun hati warga maya. ‘Jika lelaki menyakitimu, pulanglah ke pangkuan keluarga’

“Ayden janji kepada mummy, Ayden tidak akan buat mummy sedih. Nanti bila Ayden sudah besar, Ayden akan jaga mummy dan adik.

“Mummy jangan kerja sampai penat tau, nanti sakit. Mummy adalah ibu terbaik dalam dunia, selamat hari ibu. Saya sayang mummy!” ujar Ayden yang turut mendendangkan lagu Ibu Ratu Hatiku buat Bella.

Baca juga: Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’Momen paling indah’

Baca juga: Anak-anak sumber kekuatan Bella Astilah.’Mereka buat saya tenang, reda & kuat’

Baca juga: ‘Tiada siapa yang mahu dikenali kerana kontroversi’- Bella Astillah

Pemilik nama Dayang Ara Nabellah, 30, itu terdahulu hadir ke konti stesen radio Era FM ditemani ibunya, Zarina Astillah.

Zarina turut sebak dan tidak henti menitiskan air mata mendengar ucapan daripada cucunya itu.

Sedang menghadapi kemelut dalam rumah tangga, Bella mengakui anak-anaknya adalah anugerah yang paling bermakna.

Iklan

Bella menerusi slot 3PagiERA meluahkan bahawa beliau hanya fokus untuk menghargai orang yang menyayanginya kerana mereka tidak selamanya akan kekal.

“Ini adalah hadiah Hari Ibu yang terbaik, Ayden dan Ara adalah hadiah terbaik buat saya.

“Bella nak cakap, kita kena sentiasa hargai orang yang sayangkan kita, sebab tak selamanya orang itu akan ada dengan kita,” ujarnya.

Baca juga: ‘Tenang’ buat Bella Astillah terus positif

Baca juga: Ramai terkenang nostalgia dengar lagu Diari Ramadan Rafique, tak sangka Bella Astillah penyanyinya

Iklan

Selain Ayden, Bella turut memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Ara Adreanna, 3, hasil perkahwinan dengan pelakon Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Pasangan berkenaan kini sedang dalam proses penceraian selepas Bella memfailkan cerai terhadap Aliff pada 13 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!