KES serangan ke atas pelakon, Kamad Adli yang di 1 Expo Drive, Singapura tahun lalu menjadi perhatian ramai.

Seorang lelaki berusia 34 tahun yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli, dengan belantan semasa sesi bergambar dan beramah mesra pada acara ‘Had Raya Mega Sale 2023’ di Singapore Expo mengaku bersalah melakukan serangan 9.19 malam pada 12 Mac 2023.

Memetik The Straits Times, suspek, Muhammad Nabil Rashi, yang merupakan warga Singapura mengaku melakukan kesalahan itu kerana menyangka pelakon berusia 36 tahun tersebut telah mencabul saudara perempuannya.

Dalam kejadian yang berlaku pada 12 Mac lalu, Kamal mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Terdahulu, Nabil mengaku bersalah pada 31 Januari atas satu pertuduhan menyerang dan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah ke atas orang lain.

Susulan serangan, Nabil telah ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) susulan serangan itu, lapor The Straits Times.

Pakar psikiatri, Dr Cheow Enquan mengesahkan lelaki itu berkemungkinan mengalami gangguan mental iaitu gangguan delusi (delusional disorder) dan gangguan personaliti antisosial.

Namun, Enquan menyatakan bahawa Nabil waras semasa serangan dan menyedari bahawa tindakannya salah.

Baca juga: Dipukul cota besi Kamal Adli cedera kepala hingga ditidurkan, Uqasha trauma dedah pelaku warga Singapura dan siuman

Baca juga: ‘Kalau pukul bawah sikit memang dah tak ada.’ Ini senjata suspek serang Kamal Adli, Uqasha rahsiakan lokasi demi keselamatan

Baca juga: Lebam, bernanah, bergantung ubat tahan sakit, Kamal Adli nasihat jaga keselamatan.’ Tak tahu siapa suka atau benci kita.’

Baca juga: Laporan psikiatri diterima, hakim tak benarkan penyerang Kamal Adli diikat jamin

Baca juga: Kes lelaki serang Kamal Adli ditangguh 30 Mei

Baca juga: Kamal Adli lebih berhati-hati

Timbalan Pendakwa Raya Cheah Wenjie memberitahu mahkamah, Nabil pernah disabitkan dengan kesalahan membabitkan keganasan sebelum ini.

Wenjie berkata, pada hari kejadian Nabil memakai pelitup muka tiba di Singapore Expo sekitar 9 malam sebelum memanggil Kamal lalu mengeluarkan belantan dan memukulnya.

Nabil kemudian menurunkan pelitup mukanya dan tersenyum ke arah Kamal sebelum bergegas meninggalkan tempat kejadian. Dia bagaimanapun dikejar orang ramai dan ahli keluarga pelakon.

Polis bagaimanapun berjaya menahan Nabil tidak lama selepas itu. Suspek dan mangsa dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH).

Iklan

Pada kira-kira jam 11 malam, Kamal ketika ditolak dengan kerusi roda telah diludah Nabil semasa bertembung.

Dr Cheow melaporkan, Nabil tidak mengenali Kamal secara peribadi.

Wanjie berkongsi pandangan Dr Cheow bahawa tertuduh ‘mencetuskan risiko ancaman kepada orang lain memandangkan penyakit psikotik, gangguan personaliti dan rekod lampau dalam melakukan kekerasan.

Peguam Nabil, Wee Hong Shem, merayu agar anak guamnya dijatuhkan hukuman penjara sehingga dua tahun.

Beliau juga memberitahu mahkamah, Nabil kini sedang mengambil ubat-ubatan dan berpotensi untuk pulih.

Nabil dijangka dijatuhkan hukuman pada 28 Februari ini.

Iklan

Untuk rekod, Kamal yang mengalami kedeceraan pada kepala selepas diserang terpaksa menjalami pembedahan susulan koyakan yang sangat dalam pada kepala.

Kamal dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula 10 Mac, di Dewan 5A Ekspo Singapura ketika kejadian itu berlaku di penghujung acara.

Sumber: The Straits Times

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!