PENYANYI dan ahli perniagaan, Mila Jirin terpaksa mengambil keputusan untuk menutup sementara restoran Embun Urai miliknya yang terletak di Puchong.

Keputusan tersebut diambil berikutan tukang masaknya dari Thailand tidak dapat memasuki negara kita kerana langkah penutupan sempadan akibat wabak Covid-19.

“Restoran tersebut dah 10 tahun beroperasi. Sayang nak tutup kerana dah ada pelanggan tetap. Tapi nak buat macam mana, kami terpaksa tutup sebab tukang masak Embun Urai dari Thailand.

“Masa PKP hari tu buka sekejap. Masa itu diuruskan oleh team Bizmilla Catering. Tetapi sekarang ini bila majlis perkahwinan dah mula sibuk, dah ada tempahan, tak sempat nak buat dua-dua.

“Jadi nak tak nak, terpaksa ambil keputusan untuk tutup restoran buat sementara. Bila nak buka, tak tahu lagi,” katanya.

Artikel berkaitan: Impian Farisha Iris lebur, lima peserta lelaki mara ke final

Iklan

Ditanya mengenai perancangan lain terhadap restoran tersebut, Mila menjelaskan ada perancangan lain tetapi masih lagi dalam pertimbangan.

Iklan

Akuinya ketika ini, syukur kerana walaupun dalam situasi sukar, Bizmilla masih boleh bertahan.

“Semoga Allah bagi kita semua kekuatan,” katanya.