IBU kandung kepada anak angkat Mizz Nina yang dikenali sebagai Athira mendakwa penyanyi Noh Salleh telah merancang untuk mengambil kanak-kanak tersebut pada 19 Disember lalu.

Memetik portal OhBulan, wanita itu turut meluahkan rasa kecewa apabila nama penuhnya tersebar selepas Noh memuat naik video permohonan maaf di laman sosial.

“Saya mula pelik apabila dia (Noh) menyuruh saya menyekat nombor telefon Nina. Jadi di sini, niat saya hanya mahu memberitahu perkara yang betul selepas melihat apa yang berlaku sekarang ini.

“Malah berkenaan gambar Musa dimuat naik di laman sosial, Noh tahu kami sudah berjanji untuk tidak mendedahkan wajahnya. Nina juga memuat naik gambar tanpa mendedahkan wajah Musa, jadi takkan beliau tidak faham.

Baca juga: ‘Apa bukti beliau penjaga tunggal Musa yang sah?’ Noh Salleh tegaskan tiada unsur culik

Baca juga: Mizz Nina ibu angkat sah, miliki dokumen tidak tertulis nama Noh, dedah Musa trauma

Baca juga:’‘Noh boleh cari saya, bukan Mizz Nina’ Essam dedah nama sebenar Musa yang viral adalah palsu

Baca juga: Noh mahu penyelesaian baik, terkejut Mizz Nina tarik semula kes penjagaan penuh, inter-parte Musa. ‘Saya perlu jawab semua tuduhan’

“Saya memang tak mahu muka Musa didedahkan, antara sebabnya saya menghormati Nina sebagai pempengaruh.

“Kemudian sekali lagi Noh mendedahkan nama penuh saya, sedangkan beliau yang merancang semua ini. Saya geram dan merasakan dirinya saya seolah-olah dipergunakan. Sekarang mangsanya adalah saya.

“Beliau seperti berdendam dengan saya apabila berbuat demikian, kalau betul-betul memohon maaf bukan itu caranya. Malah sekarang, rasanya beliau sudah menyekat nombor telefon saya,” ujar Athira.

Baru-baru ini, Noh mendakwa Mizz Nina bukanlah satu-satunya penjaga yang sah ke atas anak angkat mereka, Musa.

Penyanyi berkenaan berkata ibu kandung Musa juga sudah membenarkannya untuk menjaga anak itu menerusi akuan berkanun yang Athira sendiri serahkan kepadanya.

Baca juga:’Hancur hati, percaya dengan jalan perdamaian.’ Noh Salleh akur perintah mahkamah, serah Musa pada Mizz Nina

Baca juga: ‘Privasi Musa terjejas dan identiti ibu kandung terbongkar.’ Mizz Nina akhirnya buka mulut perjelaskan konflik anak angkat

Baca juga: Mizz Nina dedah kenal suami sejak 2015, ramai gembira lihat kebahagiaan bersama Essam

Dalam pada itu, Athira juga menafikan segala dakwaan yang dikeluarkan penyanyi Noh Salleh.

Beliau berasa kesal dan kecewa dengan kenyataan putar belit yang dikeluarkan oleh Noh ketika ditemubual oleh pengamal media berhubung kemelut hak penjagaan Musa.

Tampil memberi penjelasan, wanita berkenaan mendedahkan dirinya tidak memberikan keizinan kepada Noh untuk mengambil Musa ketika kanak-kanak itu di bawah penjagaan Mizz Nina. Malah, beliau mendakwa telah dimanipulasi.

“Ketika Noh minta saya menandatandangi Statutory Declaration (SD), beliau mengatakan sekurang-kurangnya bila Nina ke luar negara, dia dapat menjaga Musa. Jadi saya fikir Nina sibuk dengan kerja, jadi saya izinkannya menjaga Musa buat sementara.

“Disebabkan itu saya tandatangani SD (akuan berkanun) itu. Saya tandatangani SD itu di hadapan pekerjanya sahaja. Tiada orang lain. Tiada Pesuruhjaya Sumpah.

Iklan

“Saya tak tahu sah atau tidak ketika itu. Kemudiannya saya diberitahu saya sepatutnya tandatangani SD itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Jadi SD itu tidak sah.

“Saya juga tak tahu beliau merancang untuk mengambil Musa dan sebagainya. Jadi bila saya dengar kenyataan yang diberikan kepada media semalam dan kelmarin, saya terkejut kerana apa yang Noh cakap semuanya tak betul,” katanya.

Selain itu, Athira menegaskan sejak awal lagi hanya menyerahkan penjagaan Musa kepada Mizz Nina sahaja.

mizz nina

“Ya dari awal, saya tandatangi surat penyerahan itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Nina adalah penjaga Musa yang sah,” tegas Athira.

Pada Selasa lalu, Noh mendakwa bekas isterinya, Mizz Nina bukanlah satu-satunya penjaga yang sah ke atas anak angkat mereka, Musa

Noh atau nama sebenarnya Muhammad Noh Salleh berkata ibu kandung Musa juga sudah membenarkan dia untuk menjaganya menerusi akuan berkanun yang Athira sendiri serahkan kepadanya.

Iklan

Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar Musa tanpa kebenaran dan pengetahuannya. Menurut Nina, kejadian itu berlaku pada 19 Disember tahun lalu sewaktu dia dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Bagaimanapun, Noh menafikan dakwaan yadanya unsur penculikan. Malah, Noh mendakwa sudah mendapatkan kebenaran Athira untuk menjaga kanak-kanak itu.

Noh kemudiannya tampil memuat naik video di Instagram selepas dituntut oleh Athira untuk menarik balik kenyataannya, membuat permohonan maaf secara terbuka dan memadamkan gambar Musa yang telah dimuat naik di media sosial dalam tempoh 24 jam.

Sumber: OhBulan 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!