PENYANYI dan usahawan Mila Jirin berkongsi pengalaman ke Pulau Langkawi bersama keluarga.

Pemilik jenama Bizmilla itu berkata, ia adalah pengalaman baru memandangkan ia dijadikan pulau pertama oleh Kementerian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sebagai projek rintis Gelembung Pelancongan Langkawi.

Penyanyi berusia 34 tahun itu memuji prosedur operasi standard (SOP) yang dijalankan pihak berkuasa tika pandemik Covid-19 ini.

Baca juga: Gorila Pernah Viral Kerana Swafoto, Mati Dalam Pelukan Penjaga

“Kawalan ketat di lapangan terbang dalam menyemak MySejahtera dan dokumen adalah amat dipuji.

“Ini juga telah membuatkan saya mencatat beberapa SOP yang boleh diguna pakai nanti di @bizmilla_wedding_centre bila sudah boleh beroperasi pada Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 nanti Insya-ALLAH,”katanya.

Selain itu, Mila memberitahu untuk tiba awal di lapangan terbang.

“Memang perlu datang empat jam awal untuk urusan daftar masuk tiket penerbangan dan meninggalkan bagasi,” katanya.

Berikut adalah catatan juara Akademi Fantasia musim kelima itu sepanjang perjalanannya ke pulau legenda, Langkawi.

Iklan

PENGALAMAN BARU TRAVEL KE LANGKAWI

  • Sampai di lapangan terbang, imbas MySejahtera. Di depan pintu masuk utama polis yang bertugas sudah menyemak status vaksin dan jika sudah membuat ujian kendiri Covid-19 RTK-Antigen.
  • Jika sudah membuat ujian, boleh terus ke ‘Kaunter Check in / Drop Off Baggage.’ Jika belum buat ujian, perlu buat ujian kendiri Covid-19 di lapangan terbang.
  • Saya sudah mendaftarkan diri di rumah dan cetak bording pass, jadi dapatla langkau barisan panjang di kaunter daftar masuk dan terus ke kaunter meninggalkan bagasi.
  • Sewaktu di ‘Kaunter Drop Off,’ dokumentasi disemak sekali lagi. Mykad, dokumen ujian kendiri RTK Antigen. Kemaskini MySejahtera kepada tarikh bertolak dan maklumat tempahan hotel.
  • Sambil tunggu petugas yang menguruskan bagasi, saya tanya, jika orang perlu buat ujian kendiri, dibahagian mana? Diterangkan kepada saya dibahagian tengah. Alat penguji perlu dibeli dan sekiranya ada yang positif tidak akan dibenarkan terbang dan diarahkan pulang.
  • Sejurus selesai urusan meninggalkan bagasi, dibahagian pemgimbas Airport Security Scanner sekali lagi MyKad, MySejahtera dan dokumen ujian kendiri RTK Antigen disemak.
  • Sampai di balai pelepasan, pegawai bertugas memberi arahan untuk mengimbas track APM dan mengisi semua maklumat yang diperlukan sepanjang kunjungan ke Langkawi.
  • Dalam penerbangan tiada ada apa apa dokumen lain disemak selain daripada dokumen biasa iaitu boarding pass dan MyKad.
  • Dalam penerbangan, kapasiti penumpang ialah 100 peratus, tiada penjarakan tempat duduk dan semua wajib memakai pelitup muka kecuali ketika makan. Proses sanitasi dilakukan sebelum dan selepas setiap penerbangan.
  • Setiba di Langkawi, seperti biasa, normal baharu kita perlu mengimbas MySejahtera dan mengambil bagasi. Tiada lagi dokumen disemak.

Wah, bagus sekali catatan yang dilakukan Mila ini, boleh dijadikan panduan buat kita semua yang mungkin merancang untuk ke Langkawi pada masa hadapan.

Iklan

Baca juga: Jangan Cemuh Mereka Yang Ke Langkawi, Ini Coretan Peribadi Jadi Panduan Bercuti

Baca juga: Empat Hari Beristerikan ‘Rice Cooker,’ Lelaki Akhirnya Bercerai

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: @mila_jirin