PELAKON Puteri Sarah Liyana masih menjaga hubungannya dengan keluarga mentua walaupun sudah bercerai dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Sempena Aidilfitri, ibu kepada Shaikhul Islam dan Sumayyah sempat meluangkan masa bersama ibu bapa mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail pada hari raya kedua.

Baca juga: ‘Cantik &besar rumah, tenang je tengok.’ Puteri Sarah buat house tour kediaman baharu bikin ramai teruja!

Pelakon Hijrah Jannah dan Andai Itu Takdirnya tersebut menyentuh hati ramai selepas berkongsi video bersalaman dan saling bermaafan.

“Sayang mama dan papa dunia akhirat. Terima kasih selama ni menjaga Sarah dan anak-anak serta menyayangi Sarah seperti anak sendiri,” katanya.

Baca juga: Lepas graduasi, imamkan solat, Syaikhul Islam buat Puteri Sarah tersentuh. ‘Mommy so proud of you abang’

Baca juga: ‘Lepaskan hal yang telah menyakiti, dalam kesabaran ada hal indah menantimu.’ – Puteri Sarah

Rakan selebriti dan warga maya tidak henti meluahkan rasa syukur melihat ikatan ukhuwah. Ujar mereka:

– “Allahu, syukur Alhamdulillah.” – Bella Astillah.

– “Alhamdullillah beruntung Sarah dikurniakan emak mentua dan bapak mentua penyayang.”

– “Dia bersalam raya aku yang menangis sedih.”

– “Moga silaturahim tak terputus dunia akhirat.”

– “Sedihnya tengok. Mak bapak mertua sayang.”

– “Terbaik family ini. Beruntung Sarah.”

– “Mencurah-curah air mataku melihat hebatnya ikatan mereka. Moga berpanjangan.”

Iklan

Baca juga: Syamsul, Puteri Sarah saling mendoakan untuk kehidupan baharu masing-masing

Baca juga: ‘Moga dua isteriku tenang.’ Kongsi gambar Puteri Sarah, Ira Kazar, hantaran Instagram Syamsul Yusof jadi perhatian

 

Yusof dan isteri sentiasa memberi sokongan dan berada di belakang Puteri Sarah sepanjang konflik rumah tangga anak menantu mereka.

Malah pelakon, pengarah, penulis dan penerbit filem bersama isteri berkenaan sering meluangkan masa bersama cucu mereka.

Iklan

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul bercerai talak satu pada 14 Jun 2023 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Terdahulu, pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan Munafik itu berkahwin dengan wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar di Thailand pada Januari 2023.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!