AIR mata syukur seorang bapa mengalir, Awie melihat enam orang anak di depan mata. Lebih menyentuh hati apabila ia menemukan kembali dua orang anak yang dirindui.

Demikian luah penyanyi dan pelakon, Datuk Awie, 54, apabila berpeluang menatap wajah anak, Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Putri Qasseh Antasha, 13, setelah lapan tahun terpisah.

Pertemuan bermakna tiga beranak itu turut disertai isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin bersama anak lelaki mereka yang berusia dua tahun.

Turut sama ialah tiga lagi anak vokalis kumpulan Wings itu iaitu Putri Aleeya Antasha, 23, Putri Aleefa Antasha, 21, dan Putra Ahmad Merrah, 16 serta bekas isteri Awie, Rozana Misbun.

Baca juga: Tamat pengajian dengan cemerlang, anak Arni Nazira raih Anugerah Akademik, wajah seiras raih perhatian warganet

“Terima kasih wahai ALLAH kerana mendengar doa-doaku. Sekian lama terpisah akhirnya dapat aku bertemu dengan anak-anakku. Syukur Ya ALLAH.

“Air mata ini menjadi saksi, rinduku berbalas, anak-anakku dunia akhirat, moga bahagia hingga ke jannah, terima kasih isteriku, terima kasih kepada ibu anak-anakku.

“Moga ini menjadi titik permulaan baik untuk semua. Allahuakbar,” titipnya.

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsikan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman dilihat meluangkan masa bersama anak-anak di kolam mandi dan pusat membeli-belah.

Baca juga: Awie timang cahaya mata keenam pada usia 53 tahun

Awie terdahulu menyatakan sambutan Aidiladha tahun ini paling bermakna kerana dapat bertemu dengan Rezzki dan Qasseh yang berada di bawah jagaan Rozana selepas mereka bercerai pada 1 November 2014.

Iklan

Hasil perkahwinan dengan Rozana pada 20 Jun 2005, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak iaitu Merrah, namun anak lelakinya itu dijaga Awie.

Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha merupakan anak daripada perkahwinan pertama penerbit filem Sue-On itu dengan penyanyi dan pelakon, Arni Nazira pada Disember 1998, tetapi pasangan itu bercerai pada Oktober 2006.

Awie kemudian mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana pada 6 Oktober 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 18 Januari 2021.

Baca juga: Awie pilih Erra, kembali bergandingan dalam Showcase Awie Romantika

Iklan

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!