PENYANYI
Tom selamat melahirkan cahaya mata keempat di Hospital Sungai Buloh, Selangor awal pagi tadi.

Berkongsi berita gembira itu di Instagram miliknya, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzan Raja Ikram,38, melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Anggun itu secara pembedahan.

Beliau memberitahu terpaksa menjalani prosedur caesarean section selepas berdepan beberapa komplikasi.

“Anggun dan bapak. Alhamdulillah..

“Baby czer.. First time kena caesar sebab banyak komplikasi.

“Apa pun Alhamdulillah. Welcome to the world baby. LOVE ANGGUN,” tulisnya pada gambar di Instagram story miliknya yang menunjukkan Fuad sedang mendukung zuriat mereka.

baca juga 4 kali bersalin czer, Adira Suhaimi bukan suka-suka ikat peranakan, 8 info wanita perlu tahu

Terdahulu, bekas peserta Gegar Vaganza 9 itu berkongsi beberapa momen sebelum melahirkan bayi comel tersebut.

Dalam pada itu, Tom dan Fuad turut berkongsi wajah Anggun di Instagram masing-masing dan meluahkan rasa syukur proses berkenaan dipermudahkan.

Untuk rekod, kedua-dua pasangan itu bernikah pada 23 Februari tahun lalu di Batam, Indonesia.

baca juga Rafidah Ibrahim kini bergelar ibu, selamat bersalin anak lelaki selepas 2 kali keguguran

baca juga Tahniah! Yana Samsudin timang anak ketiga, terharu suami hadiahkan pakej bersalin. ‘Ingat sudah kurang sayang’

Iklan

baca juga Tahniah! Azmi Saat sambut bayi perempuan, isteri selamat bersalin anak kedua

Tom sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!