SENAMAN, minum air dan pengambilan serat secukupnya antara rahsia yang dikongsikan penyanyi, Misha Omar dalam mengekalkan berat ideal.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, rutin tersebut penting untuk diamalkan terutama ketika usia mencecah ke 40-an bagi memastikan diri sentiasa cergas dan aktif.

“Memang bersenam, minum air secukupnya dan juga paling utama pengambilan serat yang mana ia membantu diet saya.

“Tak strict pun, saya makan semua tetapi tidak berlebihan. Tidak susah sebenarnya yang penting kita tetapkan niat dengan apa yang nak dicapai” katanya kepada Sinar Plus.

Baca juga:Misha Omar kongsi energi positif, sentiasa raikan bakat muda dalam industri

Baca juga:Usia dah 54 tahun, masih nampak awet muda, kulit tetap glowing, rupa-rupanya lemon suam kolagen rahsia cantik Jennifer Aniston!

Baca juga:Nak kulit wajah sihat, cantik. Bukan sekadar wang tapi kena rajin. Amalkan 3 basic utama dulu

Misha Omar bersama suami, Firos Ezzwan Rosly dan dua anaknya, Idris(dua dari kiri) dan Adam (kanan sekali)
Misha Omar

Menurut pelantun Bunga-Bunga Cinta itu, tumpuan sekarang bukan untuk kurus seperti usia 20 tahun dulu.

Cuma beliau lebih kepada mahukan berat badan ideal supaya dapat kekal bertenaga untuk bekerja dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Iklan

“Saya tak guna maid, semua buat sendiri termasuk jadi driver kepada anak-anak ke sekolah.

“Tetapi perasan juga selepas pandemik Covid-19 , orang dalam lingkungan 40 tahun ini cepat risau jadi perlu mencari nilai-nilai positif dalam apa jua situasi,” ujarnya.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 